Monday, March 18, 2013

Berpantang Sendiri


Berpantang sendiri bukanlah satu perkara yang sukar untuk I yang dah ada pengalaman berpantang lagi pun banyak urusan dibantu hubby. Masa bersalin Aanisah Faqihah dulu, lama berpantang dengan mak mertua hanya seminggu berpantang dengan emak sendiri. So, pengalaman berpantang tu sangat berguna dalam keadaan sekarang ni. Mak mertua asyik keluar masuk hospital atas masalah kesihatan; usia pula menjadi salah satu faktor taknak susahkan mak sendiri. Alhamdulillah, so far belum ada masalah besar lagi. Semuanya berjalan lancar.

Hubby cuti dari hari ibu bersalin (Khamis) sampailah hari Ahad. Time orang datang menjenguk baby hubby lah yang hidangkan makan minum tetamu. Anis pun diuruskan dari mandi sampailah ke tidur. So bila hubby start kerja hari Isnin tu, terpaksa hantar Anis ke rumah nanny walaupun ibu ada je kat rumah. Rasanya time tu badan masih lemah lagi belum terdaya nak jaga plus takut terabai pula makan pakai dia nanti. Berurut bermula pada hari ke-5 selama 3 hari, dah booked mak bidan muda Kak Aisyah untuk berurut dan lauk berpantang sekali untuk sebulan, tapi khidmat penghantarannya dapat dihantar selama 2 minggu je sebab rumah jauh dari rumah penghantar. Kalau duduk area Shah Alam, Subang, KL mungkin takde masalah dia nak hantar. 
Antara lauk berpantang yang dihantar.

3 hari tak perlu risau untuk mandikan Azra Farzana tanpa hubby sebab Kak Aisyah buat semua tu. Tapi lepas tu kena kuatkan diri juga. Pada rutin awalnya, selesai solat Subuh hubby sediakan mandian herba untuk ibu and air mandian untuk Azra. Hubby tanak nasi awal dan sebelum bertolak ke tempat kerja, hantar Anis ke rumah nanny. Selepas mandi dan berbengkung ibu akan minum pagi dan hanya mandikan Azra bila dah rasa kenyang sebab risau badan menggigil pula.  Sebelum tengahari pembantu Kak Aisyah akan menghantar lauk dan sedia dimakan tengahari. Biskut cap Ping Pong dicelup milo panas jadi minuman petang setiap hari. Selesai bekerja hubby akan ambil Anis dan panaskan je balik lauk tengahari tadi. Rutin diubah selepas lauk berpantang tak dihantar, hubby terpaksa balik ke rumah menghantar lauk. Hubby beli samada sup ikan merah, jenahak, kari tenggiri or terubuk bakar. Weekend hubby ada masa, so hubby yang masak sendiri and my favourite of all is terubuk pindang. Memang awesome sangat rasanya. Hubby memang terror masak! Thank you sayang.


Memandangkan hubby memang balik tengahari untuk hantar makanan, ibu pun dah kuat sikit so Anis boleh lah duduk rumah dengan ibu. So rutin bertambah sikit tapi tak sesukar mana. Anis pun dah besar dan boleh mandi and pakai baju sendiri. Buka aje shower tap tu, pandailah Anis mandi dan uruskan diri tapi ibu tetap pantau. Cuma nak selalu kena buatkan susu untuk dia. Dengan adanya Anis kat rumah ibu rasa banyak yang dibantu. Ibu minta tolong apa apa, "Anis, please get Azra's towel", "Anis, go get handkerchief baby please" pasti dicapainya. Kadang kadang je datang angin nya lambat sikit sampai apa yang diminta. Alhamdulillah, sampai hari ni dah rasa sihat. Hubby sangat membantu dan memahami, jasamu sangat dihargai.

Tips berpantang adalah rehat. Buat kerja yang ringan ringan je. Kalau rasa penat, duduk atau baring segera.  Biarlah rumah macam tongkang pecah pun takpe. Lepas pantang nanti kemas lah balik rumah and boleh dikira workout juga tu. Lucky me, hubby buat dah semua.




2 comments:

Najed said...

congrats mira.

suka post ni, maklumlah kami pun tgh melalui perkara yang sama :)

Amira Fairul said...

Thank you en. najib. same goes to u. dah sepasang dah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PASSION FIGHTING FOR THE BEST

Daisypath Anniversary tickers

Aanisah Faqihah's

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Azra Farzana's

lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/NV8x