Wednesday, July 31, 2013

Wordless Wednesday - Amira & Fairul's Junior


Monday, July 29, 2013

Car Boot Sales Kota Damansara



Alhamdulillah, hari ni dah 20 Ramadhan.

Bak kata Ustaz Zaharuddin

"Kita sudah memasuki Grand Finale Ramadhan. Sama ada laki atau wanita, sebelum datang kematian, sakit, uzur, haid..Mulakan dengan niat dan azam, contohnya, niatkan ingin hafaz 30 juzu' (bagi yang belum hafaz), niat ulang 30 juzu' (bagi yg dah hafaz), niat khatamkan baca 30 juzuk, taubat nasuha, sedeqah sebanyak mungkin, jadi suami & isteri serta parents yang soleh & banyak lagi. MULAKAN niat SEMUA AMALAN HEBAT DAN BAIK. Kemudian mulakan langkah pertama..Insha Allah ia dikira sebagai amalan penuh walau akhirnya kita tidak sempat menamatkannya. Itulah rahmat dan belasnya Allah kepada hambanya. Itulah kehebatan niat ikhlas dan azam yang soleh." 

dan

"Di akhir Ramadhan ini, jangan hanya tambahkan amalan soleh & hebat..sedangkan perangai & sifat buruk dan keji masih tidak ditanggalkan. Perlu kedua-duanya sekaligus, barulah peluang lailatul qadar dan keampunan Allah SWT itu membesar dan mendekat."



Muqadimmah dah cukup panjang. Hehe. Semoga segala amalan diterima Allah. Amin.


Pada yang jarang dengar atau first time dengar car boot sale ni, ia adalah sesi jual-beli barangan terpakai dengan harga rendah. Contohnya, t-shirt, mug, comic dan macam-macam lagilah asal masih elok. Depends la pada seseorang tu nak jual harga berapa tapi biasanya harganya semurah yang mungkin. Car boot sale ni famous di UK dan sejak 2-3 tahun kebelakangan ni semakin mendapat tempat kat Malaysia juga. Daripada barang tu terperap kat rumah, eloklah jualkan saja pada yang berkenan. Heh.

So,  semalam aktiviti pagi puasa kami di Car Boot Sales Kota Damansara. First time join car boot sale ni. So ajak geng ramai-ramai join. Kitorang saja ada 3 kereta. Turut serta Ellin (my best officemate), Lea (my best officemate's housemate), Kekdah (my eldest sister), Kak Ngah & Michelle (niece a.k.a anak Kekdah), Heidi, P (niece a.k.a anak Kekna) and Aslam (kawan Michelle). Best juga buat aktiviti ni istead of duduk rumah takda buat apa. Lagi syok bila ramai-ramai pergi. Dah macam gathering pula. Hehe. 

Jadi pada sesiapa yang takda aktiviti Ahad nanti, datanglah ke kedai kami di Car Boot Sales Kota Damansara pada setiap hari Ahad dari 8 pagi hingga 12 tengahari sebab kami sudah punya hobi baru. Lai lai!

Kedai kami - AF's family, Ellin (tudung polkadot), Lea (pink t-shirt)

Kedai kitorang banyak jual baju macam jubah, baju kurung, t-shirt, dan pakaian budak. Ada juga perfume, kasut dan lain-lain. Baju yang Aanisah Faqihah pakai tu beli kat sana and terus pakai taknak buka. Sigh! Azra Farzana pula berpeluh-peluh tolong ibu berniaga. Haha. 






Kedai Kekdah - Kekdah (blocked by Heidi), Kak Ngah (blue tribal printed scarf), Michelle (turquoise scarf) and Aslam (blue shirt)

Kedai Kekdah jual comics dari Detective Conan hinggalah Lawak Kampus (paling laris di pasaran), handbags, wallet & baju. 








Kedai Heidi - Heidi (aqua scarf) & P (brown scarf)
Kedai Heidi jual baju-baju antara baju pengantin, baju nikah, dan dress.







Ngantuk Aunt Ellin jaga Azra.


Wajah kepenatan.


Tengah kami unpacked sekali terperasan sebelah kereta P rupanya kenalan kami, Ela wife Panje yang dah lama sangat kami tak jumpa. Allahurabi, kat sini jumpa Ela. She is stewardess and manages to do sort of things during her unpaid leave for a year due to pregnancy. Nampak Ela sangat kuat dengan kandungan 7 bulan dibawanya. She's so beautiful and strong. 
Hah! Jadi jangan lupa datang datang ke sana ye. Banyak lagi kedai lain tapi terlupa pula nak ambil gambar. Macam-macam ada tapi mungkin next post. 

Sunday, July 21, 2013

A Place We Call It Home 2

Sekarang dah pun bulan Julai. Sekarang ni bukan nak cerita pasal bulan Julai tapi bulan Mac.

Ironinya 21 Mac.

Sebelum ni pernah dititpkan entry pasal pembelian rumah. It was last year and I still remember when did I sign my very first Letter of Offer to Purchase a property was on 21st March 2012. Kedengaran macam wah, agaknya dah setahun jugaklah kau duduk rumah kau sendiri ye. Nope, its totally wrong. Why? It is because I just received the key of the house on 21st March 2013. Its Ironi of 21st March.

Memang dah maklum proses pembelian rumah ni akan berpanjangan sebab owner dah meninggal, tapi tak sangka ambil masa sampai setahun. Tapi apa pun, memang bersyukur sangat akhirnya dah pun ada rumah sendiri. Alhamdulillah. Walaupun pada awalnya rasa macam mustahil nak ada rumah dalam masa sesingkat ni, Alhamdulillah Allah permudahkan.

We had move for good from Damansara Damai to Subang Perdana since 14 April 2013. Masa tu genap Azra Farzana dua bulan. Berbekalkan semangat waja, oleh itu hanya dengan berkereta Waja saja kami berpindah. Entah berapa trip sehari. Hubby lah superhero yang angkut barang turun naik tingkat 3. Kami empat beranak berangkut hari tu juga sebab ibu dah start kerja balik esoknya. Phew!

Proses perpindahan berlaku perlahan sebab angkut pakai waja je kan. So, dalam seminggu pertama tu masih lagi kami berangkut. Selesai mengangkut adalah dalam 2 minggu juga, itu pun dengan bantuan kawan baik kami, Zul & Kelly mengangkut barang pakai Hilux mereka 1 trip dan officemate ayah, Faizul & Iwan.

Bila semuanya dah selesai terasa lega tapi sampai sekarang barang belum habis kemas. Minggu lepas baru buka hadiah-hadiah kahwin lebih kurang 4 tahun lepas. Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan elok lagi. Itu pun, ada juga yang masih perlu dikekalkan dalam kotak sebab dah banyak kat luar.

Less than a month hubby bertungkus lumus membersih dan mengecat rumah. Jadi, beginilah hasilnya..

Ruang tamu sebelum dicat.

Ruang tamu selepas dicat.
Ruang dapur sebelum dicat.



Ruang dapur yang telah dicat.

Ruang tengah sebelumnya.

Ruang tengah, selepasnya.









Banyak ni saja yang boleh maintain dulu. InsyaAllah, klu ada rezeki nanti boleh buat apa yang patut. Rasanya dah dapat landed property kat Klang Valley ni pun dah bersyukur banyak dah. Alhamdulillah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PASSION FIGHTING FOR THE BEST

Daisypath Anniversary tickers

Aanisah Faqihah's

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Azra Farzana's

lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/NV8x