Monday, November 26, 2012

Penang Mai!

Minggu-minggu yang sungguh memenatkan. Dah dua bulan sibuk nak audit. Mulalah otak fikir nak cuti. Tapi malang. Sungguh malang bila cuti yang dulunya panjang tinggal sikit. Ada 3 hari je tinggal. 1-month to go. Harap boleh survive dengan 3 hari tu. Bila dah teringat pasal cuti. Maka dok belek-belek la gambar bercuti ke Penang hari tu. Rupanya dah berbulan-bulan dah. Kami ke Penang 26-28 April 2012 (Khamis - Sabtu). Memang sengaja pilih hari tu supaya kalau ke mana-mana, takde lah nak berebut dengan ramai orang especially weekend kan.

Khamis pagi tu lepas breakfast terus bergerak dari rumah. Sampai Penang memang lunch hour. Just nice! Called my friend, Mamu, tanya nasi kandar terbaik. Yes! The answer is Nasi Kandar Line Clear! Heritage katanya. Payah sikit mencari sebab memang tersorok sikit antara 2 shop lot lama. Alhamdulillah, kenyang. Orang kata, kalau pergi Penang tak sah kalau tak singgah Nasi Kandar Line Clear ni. Headed to Bayview Beach Resort, Batu Ferringhi as we stayed there. Sampai hotel, unpacked, luruskan pinggang, keluar balik. Pergi tengok kawasan sekitar, kot-kot ada aktiviti menarik untuk masa yang singkat tu. Jumpa ex-classmate masa sekolah dulu, Faizal. Borak tak lama sebab Maghrib menjelang.


Hill view

Tak dapat mandi laut, tengok je pun jadilah.

Tempat menarik yang kami lawati sepanjang percutian di Penang.

  • Nightwalk Market
Macam-macam ada jual kat sini, kalau nak beli gift/souvenir memang ok lah dengan harga. Kalau kat KL, tempat ni macam pasar malam Jalan Tar or Petaling Street. Dari pakaian, aksesori, barang perhiasan dari pelbagai reka bentuk dan warna. Cantik-cantik semua. Tapi percaya atau tidak, kami tak membeli satu barang pun. Penyesalan hanya timbul selepas meninggalkan Penang. Malam tu kami bersantap di The Ship. Makan di dalam sebuah kapal besar dan dilayan anak-anak kapal yang tak lekang senyumannya. Tak cukup dengan itu, kami siap tapau burger untuk supper nanti.





  • Penang Hill a.k.a Bukit Bendera
Pagi Jumaat tu pagi-pagi lagi kami dah keluar. Selesai breakfast, bermulalah journey kami di Penang. Berbekalkan sedikit advice dari Faizal untuk pergi ke Penang Hill, Air Itam awal-awal untuk mengelakkan beratur panjang nak naik ke atas nanti. Aanisah Faqihah and me pun mata sepet-sepet lagi dah sampai sana. Suasana yang berkabus pun masih menyelubungi kami pagi tu. Sejuk!




The family package (2 adults and 2 children) train ticket is only RM18. Sepatutnya AF tak payah kira pun takpe. She is under 3.  Ibu kecut perut naik train atas faktor usia agaknya. Ayah pula ajak duduk bawah sekali, lagilah perasaan tu sedikit goyah especially bila tengok laluan membukit je. Ketaq lutut! Sampai je top station tu terus tak boleh jalan dengan sempurna dah. Terpaksa berjalan sambil memegang besi-besi tiang. Gayat sangat. Memang dasar tua! Tapi few minutes je macam tu, lepas tu dah ok.



Seeing Penang view from uphill


AF was so happy! She was singing happily all the way from train station to police station. The police station was build on 1929 but it looks new. Sampai police station tu, there were few buggies and the price for riding  a buggy is RM30/round to visit this oldest hill resort and the first in Malaysia. It takes 15-20 mins round the hill. 



Penang view from uphill. Can see the bridge.

More than 200 years old post box






  • Toy Museum
Straight away to Toy Museum. RM10/person. AF was afraid once we were entering the museum. Memang tak dinafikan, banyak betul toys. Kanan, kiri, depan, belakang, penuh! Sampai naik seram pula dibuatnya. Ayah pun mulalah story yang toy tu dia pernah ada, toy ni hilang tak tau kat mana, macam-macam lah lagi. Ibu pun tengok-tengok je lah. Banyak sangat! Ibu rasa biasa-biasa je pergi museum ni tapi untuk AF adalah heaven setelah menemui Barbie space. Lamanya AF duk ralit kat situ je. Dah keluar dari kawasan tu pun still masuk balik. Happy benar!






AF loves Barbie




  • Floating Mosque a.k.a Masjid Terapung
Lepas dah menjelajah satu museum tu, kami singgah ke Masjid Terapung ni. Almaklumlah hari Jumaat, ayah nak kena tunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim. Masjid ini situated along the way to Batu Feringghi.  Tapi sebelum tu sempat mentekedarah laksa Penang kat luar masjid. Memang awesome la air tangan orang Penang. Rasa nak ulang-ulang je laksa tu. Masjid yang dibina sangat cantik. Masa kami pergi tu, air surut dan terlihatlah ketidak keterapungan masjid tersebut. Tapi best la masjid tu, angin laut masuk je. Solat pun disaksikan laut yang luas terbentang sebab takde dinding pun tempat menghadap ke kiblat. Syok je..

Air surut, tak berapa terapung






  • Penang Butterfly Farm
Lepas kewajipan seorang Muslim diselesaikan, kami pun bergerak ke Teluk Bahang, kawasan penuh dengan rama-rama dan kupu-kupu ni. Masuk sini ticket for adult is RM18/person and RM10/person for children. Memang puas hati sangat masuk dalam ni. Ada tour guide yang beri macam-macam ilmu baru untuk kami. Bukan rama-rama dan kupu-kupu je. Ada juga serangga lain dalam ni rupanya. Memang kena pergi sendiri untuk merasai betapa berbaloinya masuk ke sini.

Telur
Beluncas










  • Penang National Park & Pantai Kerachut

Keluar dari situ, kami meneruskan perjalanan ke National Park. Masih di Teluk Bahang. Kami pekena roti canai sat. Memang sedap kalau mamak Penang mai yang buat!


Lepas makan, kami tengok National Park tu macam nak tutup je, rupanya dah pukul 5 petang pun. Ayah decided ke Pantai Kerachut dengan menaiki bot. Kami sekeluarga je yang naik bot tu. Package price RM160/boat. Kalau pergi ramai-ramai boleh lah tong-tong. Syoknya naik bot! Luckily AF takdelah mabuk ke apa.   




Sampai Pantai Kerachut boleh tengok penyu. Baby penyu tu comel sangat! AF happy dapat pijak pasir pantai yang mulus tu. Wah! Mulus lagi. 


Tengok telur penyu



Tragedi pula bila berada di tengah lautan. Relaks je brader yang bawak bot tu cakap minyak habis. Awak punyalah panik. Slowly ombak laut menolak bot kami naiki ke Monkey Beach. Brader tu cakap Monkey Beach tu diberi nama macam tu sebab memang banyak monyet. Tapi suasana dia nampak menarik dan relaks. Sempat AF merasa bawa bot yang berjalan sendiri dek tolakan ombak tu. 

Monkey Beach


Penang National Park

Untuk malam tu kami makan makanan Arab di Restoran Tarbush. Untuk AF kami beli fish n chip je lah. Bagi nasi arab confirm tak habis. So, lepas selesai makan tu, perut pun bloated kami terus balik ke hotel dan rehatkan badan. Seharian berjalan.




  • Fort Cornwallis
Hari terakhir kami di Penang, kami menuju ke tempat bersejarah iaitu Fort Cornwallis di Taman Kota Lama. Kebetulan pula, hari tu ada perhimpunan Bersih 2.0. Alhamdulillah, tiada apa yang berlaku dan semuanya aman. Cuaca hari tu sangat panas, Muka AF kemerahan dek panas dan mulalah eczema attack dan AF pun asik menggaru. Tak lama kami di sana setelah melihat keadaan AF so kami berangkat pulang. Ada kenalan yang beritahu untuk merasa naik feri samada pergi atau balik. Sebab pergi hari tu dah melalui jambatan, jadi kami memilih untuk pulang dengan feri. Pengalaman yang menarik berada dalam feri bersamaan puluhan kenderaan lain. 




Tempat menyimpan peluru dan senjata

Eczema attack



Orang semua sibuk balik kampung, kita balik rumah kediaman kita. Ni souvenir dari pak supir kami semasa naik buggy tu. Tapi sayang, seminggu dua hidup, mungkin dah biasa duduk di tempat tinggi dan sejuk. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PASSION FIGHTING FOR THE BEST

Daisypath Anniversary tickers

Aanisah Faqihah's

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Azra Farzana's

lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/NV8x