Wednesday, May 25, 2011

Anak Ibarat Kain Putih

Kids absorb almost everything like sponges..
So, ibu-ibu..
Mendidik anak-anak bukan perkara enteng ye..
Banyak benda yang kita lakukan dia akan tiru..
Aanisah Faqihah pun begitu..
She imitates whatever she heard or saw..
Kalau perkara yang baik-baik tu..
Alhamdulillah..

Tapi,

Bila bab yang tak elok pun dia ikut..
Payah jugak lah kan..
So, ibu pun kenalah behave..
Proper all the time..
Tapi kadang-kadang terlepas juga perangai buruk ibu..

Ni ada satu video yang sempat dirakamkan..
Sebagai memori untuk ibu..
Ibu upload video ni..
Video AF solat..

Tapi video ni ala-ala seksi sikit..
Baru keluar dari toilet..
Pakai diaper terus gapai tudung ibu..

so, enjoy this video..





Hope that you will be a strong kakak & anak yang solehah..
AMIN~~

Monday, May 23, 2011

Orang Baru


Alhamdulillah..
May 2011
Bertambah lagi cucu Siti Patimah..
Bertambah juga anak buah aku..
Sekaligus mengangkat AF menjadi seorang kakak sepupu..

9 May 2011
Maka lahirlah putera Muhammad Rayyean Zikry Shah
Beratnya hanya 2.1kg..
Kecilnya..
Hanya sebesar kampit gula..
Tapi memang handsome..



Selang 10 hari kemudian..

19 May 2011
Lahirlah pula puteri Atifah Nabilah
Beratnya 3.04kg..
Merah sangat orangnye..
Teramatlah comel..




Bila tengok baby yang comel..
Melihat kakak-kakak iparku kegembiraan..
Mengingatkan aku kelahiran Aanisah Faqihah..
Betapa kandungan yang dibawa ke hulu-hilir
Akhirnya lahir dengan sempurna..
Bersyukur yang tak terhingga
Alhamdulillah~..

Thursday, May 19, 2011

Boboi Boy

Fenomena sekejap dengan Boboi Boy ni..
Sekarang ni hari-hari duk mengadap depan pc..
Asyik dengan Boboi Boy..
Seronok gak..
Layan~~

Monday, May 16, 2011

Rekod Immunisasi - Vaksin DPT/DT (B)

Aanisah Faqihah dah besar..
Seronok ibu melihat perkembangan AF hari-hari..

28 April 2011
Genap umur AF 18 bulan..
So, memang dah cukup umur untuk ambil vaksin immunisasi 18 bulan..
Sebelum ambil vaksin..
Timbang berat badan dulu..
7.4kg!!
Yeay!! Berat badan anak bu dah naik..
Walaupun 500g je, tapi ibu tetap gembira..

AF is a strong girl..
Tak pernah menangis setiap kali injection..
Kali ni AF still menggaru punggungnya bila doktor masukkan jarum..
Macam hari tu..
Comel betul..
Lepas kena injection terus boleh berlari-lari..
Bukan main lagi AF berseronok..

Tapi vaksin DPT/DT (B) tu apa?
Vaksin DPT/DT (B) ni untuk apa?
Mari kita menambah ilmu pengetahuan dengan mengambil tahu apa yang anak kita perlukan..

Sebenarnya vaksin ni melindungi anak kita dari:
  • Radang Kerongkong (yang membuatkan anak kita sukar untuk bernafas dan menelan makanan / minuman) kesan daripada bakteria biasanya terjangkit pada kerongkong dan kadang-kadang hidung yang boleh mengakibatkan kematian sekiranya serius.
  • Batuk yang teruk. Biasanya ia bermula dengan cold-like dan seterusnya batuk-batuk.
  • Kancing gigi.
Alhamdulillah AF tak ada nak cranky ke apa..
Senang hati ibu..
Tapi some children akan dapat side effect daripada vaksin tu..
Jarang yang ada reaksi yang serius hasil daripada vaksin tu..
Biasanya, low-grade fever, slight crankiness or swelling at the injection site..

So, sebagai ganjarannya..
Ibu bawak AF pergi rumah Ibu Gombak..
Boleh main dengan kucing..

Video kat bawah ni masa kat rumah Ibu Gombak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PASSION FIGHTING FOR THE BEST

Daisypath Anniversary tickers

Aanisah Faqihah's

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Azra Farzana's

lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/NV8x