Monday, December 31, 2012

Colours & Counting

Early morning activity on weekend.
Normally, weekend is busy day for our family. 
Either we go for visiting hubby's family house or my family's house.
But today, we just stay home because hubby have to work.
Its ERP (Emergency Response Plan).

So, here is Aanisah Faqihah's activities.

Sorting by colours.

Happy done sorting.

Start counting

Its hard to count. *sambil terjelir lidah*

Trying sorting in straight line.


Keep sorting.

"Ibu, its train!"
Good job AF! You done it well.



Friday, December 28, 2012

Love You Lillah

Its been 4 years, but I love you like a thousand years lillah..

Sungguhku nampak usahamu ke arah ini..
Marilah kita bersama-sama mengekalkan kebahagiaan dalam mencari redhaNya.


Pemberian Indah

Alhamdulillah, hari ini kandungan dalam perut pun dah menginjak 8 bulan. Sedar tak sedar, hari melahirkan baby semakin dekat. Bersyukur juga kerana seorang sahabat baik telah melahirkan anak lelaki pada tarikh ini seberat 3.2kg setelah 3 hari menanggung kontraksi.

Bila dengar perkhabaran gembira mengenai sahabat, barulah kami tersedar bahawa kami tak pernah memikirkan nama untuk si kecil yang berada dalam kandungan dan bakal menyinari hari-hari kami nanti. Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja, kami berbual di bawah flyover sementara menanti hujan berhenti. Kami bertanya apakah nama si kecil untuk kali ini. Kami takkan memilih nama yang khusus tetapi hanya mengumpul nama-nama dirasakan patut. Even masa Aanisah Faqihah dulu kami namakannya selepas 7 hari dia dilahirkan. Selepas hujan sedikit reda, kami kembali merempit menuju ke rumah. Namun, isu nama untuk si kecil belum juga berhenti. Pelbagai nama yang keluar dengan maksudnya tetapi banyak juga karutnya. Kerana kami meletakkan A dan F adalah huruf pangkal untuk setiap nama anak, maka jadilah.. "Alalalatok Fuuuuyoh!!!"Sungguh tak boleh diterima pakai. 

Kami senyum dan tertawa di atas motor kecil sambil dibasahi titik hujan yang belum berhenti. Hanya lagi lebih kurang 5 kilometer destinasi. Sebuah motor memintas kami dan akhirnya jatuh bersama scrambler bike yang dinaikinya selepas kereta di depan berhenti secara mengejut. Hubby mula ketepi apabila scrambler bike  itu laju menuju ke arah kami. Keadaan menjadi semakin mendebarkan apabila kereta di depan bergerak perlahan dan di kiri kami adalah pembahagi jalan dan sekiranya kawalan tidak betul pasti dan pasti kami terjatuh. Dalam hati, hanya minta Allah selamatkan bayi yang dikandung. 

Alhamdulillah, hubby berjaya mengawal motor dengan baik. Kami tak jatuh namun sakitnya kaki tak tahu kena apa. Hubby berhenti di tepi tengok-tengok kalau ada kecederaan lain dan mengambil menyarung semula selipar yang dah terjatuh jauh di belakang. Alhamdulillah, kami bertiga hanya luka-luka kecil termasuk lah budak yang dah jatuh tadi tu.

Bersyukur sangat pemberian indah yang Allah kurniakan tiada apa-apa.








Thursday, December 20, 2012

Peringatan dan Maaf

Hujung bulan plus hujung tahun.
Agak busy.
Kalau tengah buat kerja tu memang concentrate.
Kalau tengah merempit tu otak menerawang pasal kerja.
Otak sentiasa berjalan.

Sedar tak sedar balik dari kerja tadi.
Hubby fetched me up dalam pukul 6.45 petang.
Aksi merempit bermula.
Otak masih menerawang pasal kerja.
Tiba-tiba siren kereta polis betul-betul belakang motor.
Tanya dekat hubby " Siren tu untuk kita ke?"
Tak sempat mendengar jawapan hubby, hubby dah pun ke tepi dan berhenti.
Dengan muka memang tak tahu yang diri ni bersalah.
Kami pun turun dari motor.

Bila turun je dari motor polis tu terus terpandang perut yang mengembang dengan jayanya ni.
"Nak ke mana ni kak? Nak balik rumah ke?"
Dengan confident nya jawapan "Ha'ah. Balik rumah la."
Bila selesai disoal siasat.
Rupanya polis tu dah ikut kitorang since hubby langgar lampu merah yang entah ke berapa tadi.
Ya ampun...
Alhamdulillah, polis tu tak saman cuma bagi peringatan dan suruh minta maaf je.

Serius tak perasan pun hubby langgar lampu merah.
Katanya nak kejar Maghrib.
Walau pun alasan boleh diterima tapi tetap kena bebel..
Next time, jangan buat lagi.

Thursday, December 13, 2012

Pregger Aromatheraphy Massage

Lately rasa macam mudah sangat letih. Badan-badan pun sakit. Kaki kerap sangat cramp. 

Hari Sabtu hari tu. Hari cuti yang kononnya nak tidur la sampai ke petang tak menjadi kenyataan. Hubby yang tengah dalam toilet berlari-lari ke bilik bila dengar jeritan si isteri. Kaki cramp memang dah tak tertanggung. Lama pula tu nak kebah. Lepas hubby massage barulah lega sikit. Terus berjaga sampai ke malam. Second pregnancy agak berbeza berbanding first pregnancy. Perut lebih besar dari dulu dan badan pun tak imun sangat. Mudah sangat sakit.

Kerana sakit-sakit itu, mild massage diperlukan. Setelah membuat temujanji dengan Kak Ice, maka massage session pun dilakukan di rumah. Kak Ice kata badan ni dah stress sangat, maybe ulang alik bekerja. Pagi turun tangga 3  tingkat, merempit sampai office nanti mendaki tangga sampai tingkat satu, bekerja seharian duduk, berjalan, duduk, balik turun tangga office, merempit dan kemudian mendaki ke tingkat 3. Begitulah 5 hari seminggu. Tu belum termasuk kalau keluar weekend. Alhamdulillah, hubby banyak membantu dalam membuat kerja rumah. Memang kalau ikutkan rumah memang tak terurus since early pregnancy.

Kak Ice ni classmate masa diploma dulu. Even ada BBA (Hons) Economy with flying colours, she chose to be a confinement lady (with certificate) after resign.  Banyak yang Kak Ice kongsikan masa sesi tu. Dari hal pregnant, pantang, anak-anak hinggalah kehidupan berumah tangga. Segala cerita hal keperempuan ni boleh baca di blog Kak Ice dan segala celoteh dan pengalaman dikongsikan di facebook. Specialnya service Kak Ice ni, dia datang rumah dan charge yang dikenakan memang berpatutan. Ini bukan dibayar tetapi ikhlas dari hati. Dah berniat nak suruh Kak Ice yang berurut pantang nanti. 

Ni baby dalam kandungan sekarang. Hari ni dah skip amik darah untuk hyperthyroid. Hope segala baik saja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PASSION FIGHTING FOR THE BEST

Daisypath Anniversary tickers

Aanisah Faqihah's

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Azra Farzana's

lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/NV8x