Thursday, March 7, 2013

Pillow Talk

Hubby ada dua orang adik beradik aja. Sebelum ni hubby pernah cakap yang dia tak pernah sekali pun bergaduh dengan abangnya. Macam pelik pula dengar kan sebab kita ni ada doblas adik beradik dan selalu barcakaran. Memang perkara tu diakui ibu mertuaku sendiri. Even masa kecik-kecik yang tak boleh berfikir secara dewasa pun memang diorang tak pernah saling gigit menggigit or ketuk mengetuk antara satu sama lain walau beza umur setahun je. Wah! Bagus kan? 

So, perkara baik perlu dijadikan tauladan. Kita risik risik la mak tanya apa yang buat sampai depa takda rasa nak bergaduh langsung. Mak pun dengan senang hati memberi tips kepada bakal ibu time tu. Antaranya ialah; apa yang abang ada, adik mesti ada. Emak akan beli benda yang sama untuk abang dan adik so dorang memang takkan gaduh sebab masing masing ada benda yang sama. 

Sebagai ibu yang beranak dua ini, tips itu adalah baik untuk kita ikuti tapi perlu improvise sikit. As for me, yes, apa yang kakak ada, adik perlu ada tapi ada masa apa yang perlu dikongsi, kakak dan adik perlu berkongsi. So langkah emak kita ikut bila kakak ada pillow adik pun perlu ada pillow. Dalam kereta ada satu L-shape pillow Aanisah Faqihah (Anis) guna untuk tidur or lay down sambil minum susu. Tapi bila Azra Farzana (Azra) dah lahir ibu guna pillow tu untuk Azra. Tapi kesian pula kat Anis bila nak tidur dia cakap "Anis want to sleep but no pillow". Kesian. 

Sebenarnya ibu dah siap tempah pillow untuk Azra tapi belum dapat lagi time tu. Tapi sekarang Alhamdulillah dah ambil pun pillow tu. Maka penuhlah kereta pillow sahaja. Sekian.

Aanisah Faqihah's pillow

Azra Farzana's pillow


p/s: Harap dari kecik sampai beranak pinak pun depa boleh pillow talk together.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PASSION FIGHTING FOR THE BEST

Daisypath Anniversary tickers

Aanisah Faqihah's

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Azra Farzana's

lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/NV8x