Friday, September 14, 2012

Bangga Syukur

Tiada apa yang aku boleh berbangga
Walau aku punya keluarga yang bahagia,
Allah boleh membuat aku merana kerananya..

Tiada apa yang aku boleh berbangga
Walau aku punya anak-anak yang comel dan cerdik,
Allah boleh memanggilnya semula dengan hanya sedetik..

Tiada apa yang aku boleh berbangga
Walau aku punya kerjaya yang baik,
Allah boleh kembali menarik..

Tiada apa yang aku boleh berbangga
Walau aku punya harta satu semesta,
Allah boleh buat aku derita..

Tiada apa yang aku boleh berbangga
Walau aku punya segala,
Hanyalah pinjaman Allah sementara cuma..

Bersyukur aku
Dikelilingi mereka-mereka yang membahagiakan,
Dikurniai si comel yang sentiasa mendamaikan,
Diberi pekerjaan yang menyeronokkan,
Dilimpahi harta yang berpatutan,
Dan menikmati peluang untuk merasa segala kemanisan dan kepahitan..


Wednesday, September 5, 2012

Ujian Trimester 1



Alhamdulillah.
Baby dah berusia 15 minggu..
Nak cerita pengalaman dari minggu ke-10 hingga minggu ke-15 kandungan..
Tiada perubahan berlaku selepas dikeluarkan dari hospital pada minggu ke-9.
Ibu semakin teruk malah tidak mampu berjalan lagi pada minggu ke-10..
Ibu dah tak mampu jaga diri lagi..

Ayah yang melihat keadaan ibu hantar ibu ke rumah aunty (kakak ibu)..
Aunty tak sempat jaga ibu lama.
Satu malam je.
Tapi banyak yang aunty tengok dalam masa singkat itu..
Ibu terlalu lemah,
Ibu kerap muntah,
Ibu mengadu jantung berdegup terlalu kencang,
Ibu sangat tak bermaya..
Epilepsy trigger balik setelah hampir 3 tahun tidak menyerang..
5 minit sebelum azan Maghrib ibu diserang,
Tak sempat ayah menjamu hidangan berbuka..
Alhamdulillah, ayah disisi semasa kejadian berlaku..
Ayah sedar keadaan ibu yang semakin teruk..
Ibu dikejarkan ke hospital sekali lagi minggu ke-11..
Semasa di bilik kecemasan, sekali lagi epilepsy menyerang..
Arahan doktor keluarkan untuk sambung semula ubat epilim.
Stress kejap.
Tapi kemudian redha..
Terlalu banyak implikasi ubat epilim terhadap baby.
Nanti-nanti je lah ibu nyatakan.

Hampir seminggu tinggal di hospital..
Selama di hospital bertambah-tambah penyakit yang doktor beritahu..
  • Akibat extreme and persistent nausea and vomitting menyebabkan dehydration. This is called Hyperemesis Gravidarum which was led to weight lost from 49kg to 46kg.
  • Bila muntah kerap and tiada makanan pun yang masuk menyebabkan Epilepsy trigger balik.. 
  • Rupanya jantungnya berdegup terlalu kencang, intolerance heat, shaking adalah berpunca daripada Hyperthyroidism.
  • Skin problem pulak sebab pregnancy hormone. 
  • Bleeding tapi tak pasti sebab apa. Alhamdulillah bleeding semasa masih di hospital. Jadi boleh terus scan and tengok keadaan baby. Syukur baby masih dalam keadaan normal.
Apa-apa pun ibu masih bersyukur discharged beberapa hari sebelum menyambut Syawal. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dapat beraya bersama keluarga. Keadaan pening dan muntah tetap ada tapi makin berkurangan. Raya tahun ni tak seperti tahun yang lepas-lepas sebab terpaksa kurangkan aktiviti bagi mengelakkan sakit kemudian hari. Lagi pun ibu tengah kumpul semangat untuk masuk kerja balik setelah hampir 2 bulan cuti. Dah macam ambil maternity leave pulak rasa.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PASSION FIGHTING FOR THE BEST

Daisypath Anniversary tickers

Aanisah Faqihah's

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Azra Farzana's

lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/NV8x