Monday, March 18, 2013

Berpantang Sendiri


Berpantang sendiri bukanlah satu perkara yang sukar untuk I yang dah ada pengalaman berpantang lagi pun banyak urusan dibantu hubby. Masa bersalin Aanisah Faqihah dulu, lama berpantang dengan mak mertua hanya seminggu berpantang dengan emak sendiri. So, pengalaman berpantang tu sangat berguna dalam keadaan sekarang ni. Mak mertua asyik keluar masuk hospital atas masalah kesihatan; usia pula menjadi salah satu faktor taknak susahkan mak sendiri. Alhamdulillah, so far belum ada masalah besar lagi. Semuanya berjalan lancar.

Hubby cuti dari hari ibu bersalin (Khamis) sampailah hari Ahad. Time orang datang menjenguk baby hubby lah yang hidangkan makan minum tetamu. Anis pun diuruskan dari mandi sampailah ke tidur. So bila hubby start kerja hari Isnin tu, terpaksa hantar Anis ke rumah nanny walaupun ibu ada je kat rumah. Rasanya time tu badan masih lemah lagi belum terdaya nak jaga plus takut terabai pula makan pakai dia nanti. Berurut bermula pada hari ke-5 selama 3 hari, dah booked mak bidan muda Kak Aisyah untuk berurut dan lauk berpantang sekali untuk sebulan, tapi khidmat penghantarannya dapat dihantar selama 2 minggu je sebab rumah jauh dari rumah penghantar. Kalau duduk area Shah Alam, Subang, KL mungkin takde masalah dia nak hantar. 
Antara lauk berpantang yang dihantar.

3 hari tak perlu risau untuk mandikan Azra Farzana tanpa hubby sebab Kak Aisyah buat semua tu. Tapi lepas tu kena kuatkan diri juga. Pada rutin awalnya, selesai solat Subuh hubby sediakan mandian herba untuk ibu and air mandian untuk Azra. Hubby tanak nasi awal dan sebelum bertolak ke tempat kerja, hantar Anis ke rumah nanny. Selepas mandi dan berbengkung ibu akan minum pagi dan hanya mandikan Azra bila dah rasa kenyang sebab risau badan menggigil pula.  Sebelum tengahari pembantu Kak Aisyah akan menghantar lauk dan sedia dimakan tengahari. Biskut cap Ping Pong dicelup milo panas jadi minuman petang setiap hari. Selesai bekerja hubby akan ambil Anis dan panaskan je balik lauk tengahari tadi. Rutin diubah selepas lauk berpantang tak dihantar, hubby terpaksa balik ke rumah menghantar lauk. Hubby beli samada sup ikan merah, jenahak, kari tenggiri or terubuk bakar. Weekend hubby ada masa, so hubby yang masak sendiri and my favourite of all is terubuk pindang. Memang awesome sangat rasanya. Hubby memang terror masak! Thank you sayang.


Memandangkan hubby memang balik tengahari untuk hantar makanan, ibu pun dah kuat sikit so Anis boleh lah duduk rumah dengan ibu. So rutin bertambah sikit tapi tak sesukar mana. Anis pun dah besar dan boleh mandi and pakai baju sendiri. Buka aje shower tap tu, pandailah Anis mandi dan uruskan diri tapi ibu tetap pantau. Cuma nak selalu kena buatkan susu untuk dia. Dengan adanya Anis kat rumah ibu rasa banyak yang dibantu. Ibu minta tolong apa apa, "Anis, please get Azra's towel", "Anis, go get handkerchief baby please" pasti dicapainya. Kadang kadang je datang angin nya lambat sikit sampai apa yang diminta. Alhamdulillah, sampai hari ni dah rasa sihat. Hubby sangat membantu dan memahami, jasamu sangat dihargai.

Tips berpantang adalah rehat. Buat kerja yang ringan ringan je. Kalau rasa penat, duduk atau baring segera.  Biarlah rumah macam tongkang pecah pun takpe. Lepas pantang nanti kemas lah balik rumah and boleh dikira workout juga tu. Lucky me, hubby buat dah semua.




Friday, March 15, 2013

Pipi Labuh dan Suntikan

Semalam Azra Farzana dah pun genap sebulan, I bawa la Azra ke clinic untuk suntikan Hepatitis B. Seperti cliche ibu ibu lain, I tak terlepas untuk teruja dengan kenaikan badan baby and penurunan badan I sendiri.Masa nurse buat home visit pada hari ke-10 kelahiran Azra dah 3 kilogram. Semalam dah pun 3.7kg dan menunjukkan peningkatan sebanyak 1kg dalam  masa sebulan. Memang semangat betul AF2 ni. Rasa seronok sangat dapat baby pipi labuh, dulu tengok anak orang je. Ibu dia pula turun 10kg dari penambahan 20kg during pregnancy. Kerja keras perlu dilakukan ni. Berusahalah!!

Azra Farzana 1-Month Old


Ye, Azra telah pun dicukurkan kepalanya dan ditimbang perak pada hari ke-7. Ibu dengan ayah telah menggembleng tenaga melicinkan kulit kepala Azra. Kalau rajin nanti akan adalah entri khas pengalaman cukur rambut baby ni.


Thursday, March 7, 2013

Pillow Talk

Hubby ada dua orang adik beradik aja. Sebelum ni hubby pernah cakap yang dia tak pernah sekali pun bergaduh dengan abangnya. Macam pelik pula dengar kan sebab kita ni ada doblas adik beradik dan selalu barcakaran. Memang perkara tu diakui ibu mertuaku sendiri. Even masa kecik-kecik yang tak boleh berfikir secara dewasa pun memang diorang tak pernah saling gigit menggigit or ketuk mengetuk antara satu sama lain walau beza umur setahun je. Wah! Bagus kan? 

So, perkara baik perlu dijadikan tauladan. Kita risik risik la mak tanya apa yang buat sampai depa takda rasa nak bergaduh langsung. Mak pun dengan senang hati memberi tips kepada bakal ibu time tu. Antaranya ialah; apa yang abang ada, adik mesti ada. Emak akan beli benda yang sama untuk abang dan adik so dorang memang takkan gaduh sebab masing masing ada benda yang sama. 

Sebagai ibu yang beranak dua ini, tips itu adalah baik untuk kita ikuti tapi perlu improvise sikit. As for me, yes, apa yang kakak ada, adik perlu ada tapi ada masa apa yang perlu dikongsi, kakak dan adik perlu berkongsi. So langkah emak kita ikut bila kakak ada pillow adik pun perlu ada pillow. Dalam kereta ada satu L-shape pillow Aanisah Faqihah (Anis) guna untuk tidur or lay down sambil minum susu. Tapi bila Azra Farzana (Azra) dah lahir ibu guna pillow tu untuk Azra. Tapi kesian pula kat Anis bila nak tidur dia cakap "Anis want to sleep but no pillow". Kesian. 

Sebenarnya ibu dah siap tempah pillow untuk Azra tapi belum dapat lagi time tu. Tapi sekarang Alhamdulillah dah ambil pun pillow tu. Maka penuhlah kereta pillow sahaja. Sekian.

Aanisah Faqihah's pillow

Azra Farzana's pillow


p/s: Harap dari kecik sampai beranak pinak pun depa boleh pillow talk together.





Sunday, March 3, 2013

Welcome Princess!

Alhamdulillah.
Akhirnya pada 14 Febuari 2013 @ 0721am lahirlah seorang lagi penyeri dalam keluarga kami setelah penantian selama 38 minggu 5 hari. Pengalaman yang indah untuk pemberian yang indah dariNya. Syukur.

Segala ketentuan Allah adalah sebaik-baiknya berbanding perancangan manusia. Maternity leave kononnya nak ambil selepas kelahiran adalah idea yang dibantah ayah, colleagues and bosses especially Encik Azhar yang kept asking when am I going start to take leave. Mereka-mereka ni semua adalah orang yang risau sekiranya berlaku sebarang perkara tak diingini. Atas nasihat ayah, ambil jugalah maternity leave awal iaitu after Chinese New Year holiday (leave start on 13th) because the due was on 20th February 2013. Its a week before my due. Walau tanpa sebarang penunjuk atau tanda-tanda nak bersalin, ibu menguatkan diri untuk merasai pengalaman yang membosankan berada di rumah. Ayah suruh ibu rest sebab ayah kata nanti nak deliver perlukan kekuatan sebab ayah had experienced witnessed it. Tapi Allah itu Maha Mengetahui bahawa hambaNya tak mampu bertahan lama, cukuplah sehari dua saja.


13 Febuari 2013

Selepas 4 hari bercuti (2 days on weekend and 2 days for CNY holiday). 

Pengalaman bersalin kali ini tidak kurang bezanya dengan pengalaman yang lepas. Selepas kerap melihat ibu keluar masuk toilet, ayah started asking whether ibu dah rasa any show to deliver tapi ibu menyangkal dengan pandangan kosong. Ibu pun tak sure sebab takda contraction or waterbag broke pun. Tidur seawal 2130 dan kerap pula terjaga kerana baby dalam perut asyik  mengeras. 


14 Febuari 2013

0340 ibu bangun entah kali yang ke berapa. Ibu dah mula rasa contraction. Ibu woke ayah up and told him there was a contraction we waited for. Ayah asked ibu then if we should go to the hospital right away but I refused and said "I want to eat first because I am really hungry." Ibu took shower and wore a watch to monitor the contraction from time to time. After shower ibu ate Hup Seng biscuit dip into hot *all-time favourite* Milo made by ayah. Even though, the contraction was still there but ibu started ironed a scarf to go to hospital while ayah was performed his solat. Once a while, ayah will help by together massage the backpain. 

5.58am ayah carried Aanisah Faqihah yang lena dibuai mimpi and sent her to nanny's house downstair. Dengan seribu kepayahan ibu perlahan-lahan turun tangga dipimpin ayah. Sekali sekala berhenti bila contraction datang dan datang. Dalam perjalanan ke Hospital Selayang ayah ingatkan ibu baca ayat yang dibacakan Nabi Yunus ketika berada dalam perut ikan tu.

  • Surah Al-'Anbya': Ayat 87
"... Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri."
Ayah galakkan ibu dan sama-sama menemani ibu membaca surah-surah setakat yang ibu mampu. Walau terhenti-henti dek contraction, ayah recited along with ibu all the way to the hospital.
Sampai je hospital, the contraction dah makin kuat. Less than an hour they took me into labour room and in few minutes I've safely delivered another princess to our family at 0721. Alhamdulillah. Hubby always with me since I felt the contraction, witnessed the childbirth for the second time, down his knees and pray for what we have now. We are blessed.

Here she is fresh from oven!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PASSION FIGHTING FOR THE BEST

Daisypath Anniversary tickers

Aanisah Faqihah's

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Azra Farzana's

lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/NV8x