Tuesday, December 13, 2011

Besar Dah!!

Hari ni Hubby lewat ambil kat office..
Hubby ada kerja sikit..
Jadi peluang ini digunakan untuk update blog..
Entry lapuk pasal birthday gift for Aanisah Faqihah yang sepatutnya dah update lama dulu..
Dan entry baru pasal aktiviti cuti hujung minggu ke dalam satu entry..

Memang dah lapuk sangat..
Second birthday AF was on October..
Tapi December baru ibu update..
Terbaik!!

Ibu beli online je hadiahnya..
Hari ni bayar, esok dah sampai..
Tapi ibu bagi address rumah nenek Selayang..
So, tugas ayah la pula mengangkut hadiahnya dari Selayang ke rumah..
Bila ibu ambil AF dari rumah nanny,
Rupa-rupanya ayah dah siap pasang segala..

Reaksi AF:
Masuk rumah sambil menjerit "Eee komm.." (Assalammualaikum..)
"Ayah!! Owh ayah!! Eeee..kom........"
Memang dia tak perasan mula-mula..
Tapi bila dah ke tengah rumah sikit baru perasan..
Senyum.
Pandang ibu, pandang ayah.
Senyum.
Pandang ibu, pandang ayah.
Tutup mulut.
Senyum.
Macam orang besar sangat reaksi terkejutnya tu..
SURPRISE!!!

Ibu pun tak sangka macam tu reaksi AF bila tengok hadiahnya..
Lepas tu ibu dekat kan dia dengan hadiah..
Barulah ada suara balik..
"Ayah..Jom!!"

Inilah hadiah tak seberapa dari ibu dan ayah..

"Woah!!Tantiknya!!"


Ibu memang sengaja memilih ini kerana kisah ini..

Ok,
Cukup sampai situ untuk entry lapuk..
Sekarang ni yang terbaru..
Hujung minggu baru ni..

Ayah bawa kami ke kebun..
Niat nak chilling di rumah nenek Selayang bertukar bila nenek ajak ke kebun..
"Atok pun dah ada kat kebun, jom lah kita ke kebun" kata nenek..
Maka chillax di kebun lah kami..




Dan keesokkan harinya..
Pergi pula ke rumah orang yang baru je berkhatan 3-4 hari..
Tapi lupa pula nak ambil gambar si pesakit yang macam tak sakit langsung tu..
Adik-adiknya yang ada..
Tapi warning yang tak boleh tahan dari Abang Ahmad..
"Abang Ahmad memang dah besar, tapi jangan tanya pasal kawen!!"
Dia cakap macam tu pun sebab makcik dia ni called on his first day after khatan and said..
"Eh!!Abang Ahmad dah besar rupanya..Boleh jaga adik, jadi abang yang baik, boleh kawen.."



Geram!!
Dan disebabkan Isnin pun cuti sempena birthday Abang Fakar yang juga birthday Sultan Selangor..
Kami ke Pantai Dalam pula melihat mangsa khatan seterusnya..

Sementara menanti abang Syuk dan abang Syaq balik dari klinik..
Ini aktiviti mereka..
Mencari kucing..
Malu-malu..

Pandangan pertama..

Terus memandang..
Orang tak layan, baik jalan...



Abang Syuk dah besar.


Abang Syaq pun dah besar.





Tuesday, December 6, 2011

Mendidik Anak dalam Pergaulan

Kalau kita mahu disayangi..
Kita perlu menyayangi..
Kanak-kanak dilahirkan dengan fitrah yang baik..
Oleh itu kita perlu menyayangi mereka..
Mencium dan mendakap kanak-kanak adalah ibadah..
Wow!!Pahala FREE!!
InsyaAllah..

Pergaulan dengan kanak-kanak penting..
Memukul, memarahi dan mengherdik biasa dilakukan..
Konon nak mengajar..
Hakikatnya, kita mengajar anak sesuatu yang tidak baik..
Banyak kesalahan yang pernah dilakukan..
Dan banyak yang perlu diperbaiki..
Marilah sama-sama berusaha menjadi lebih baik..

Rasulullah s.a.w sangat baik terhadap kanak-kanak..
Mari kita cuba amalkan 1 hari 1 sunnah..
Wallahualam..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PASSION FIGHTING FOR THE BEST

Daisypath Anniversary tickers

Aanisah Faqihah's

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Azra Farzana's

lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/NV8x