Tuesday, December 13, 2011

Besar Dah!!

Hari ni Hubby lewat ambil kat office..
Hubby ada kerja sikit..
Jadi peluang ini digunakan untuk update blog..
Entry lapuk pasal birthday gift for Aanisah Faqihah yang sepatutnya dah update lama dulu..
Dan entry baru pasal aktiviti cuti hujung minggu ke dalam satu entry..

Memang dah lapuk sangat..
Second birthday AF was on October..
Tapi December baru ibu update..
Terbaik!!

Ibu beli online je hadiahnya..
Hari ni bayar, esok dah sampai..
Tapi ibu bagi address rumah nenek Selayang..
So, tugas ayah la pula mengangkut hadiahnya dari Selayang ke rumah..
Bila ibu ambil AF dari rumah nanny,
Rupa-rupanya ayah dah siap pasang segala..

Reaksi AF:
Masuk rumah sambil menjerit "Eee komm.." (Assalammualaikum..)
"Ayah!! Owh ayah!! Eeee..kom........"
Memang dia tak perasan mula-mula..
Tapi bila dah ke tengah rumah sikit baru perasan..
Senyum.
Pandang ibu, pandang ayah.
Senyum.
Pandang ibu, pandang ayah.
Tutup mulut.
Senyum.
Macam orang besar sangat reaksi terkejutnya tu..
SURPRISE!!!

Ibu pun tak sangka macam tu reaksi AF bila tengok hadiahnya..
Lepas tu ibu dekat kan dia dengan hadiah..
Barulah ada suara balik..
"Ayah..Jom!!"

Inilah hadiah tak seberapa dari ibu dan ayah..

"Woah!!Tantiknya!!"


Ibu memang sengaja memilih ini kerana kisah ini..

Ok,
Cukup sampai situ untuk entry lapuk..
Sekarang ni yang terbaru..
Hujung minggu baru ni..

Ayah bawa kami ke kebun..
Niat nak chilling di rumah nenek Selayang bertukar bila nenek ajak ke kebun..
"Atok pun dah ada kat kebun, jom lah kita ke kebun" kata nenek..
Maka chillax di kebun lah kami..




Dan keesokkan harinya..
Pergi pula ke rumah orang yang baru je berkhatan 3-4 hari..
Tapi lupa pula nak ambil gambar si pesakit yang macam tak sakit langsung tu..
Adik-adiknya yang ada..
Tapi warning yang tak boleh tahan dari Abang Ahmad..
"Abang Ahmad memang dah besar, tapi jangan tanya pasal kawen!!"
Dia cakap macam tu pun sebab makcik dia ni called on his first day after khatan and said..
"Eh!!Abang Ahmad dah besar rupanya..Boleh jaga adik, jadi abang yang baik, boleh kawen.."



Geram!!
Dan disebabkan Isnin pun cuti sempena birthday Abang Fakar yang juga birthday Sultan Selangor..
Kami ke Pantai Dalam pula melihat mangsa khatan seterusnya..

Sementara menanti abang Syuk dan abang Syaq balik dari klinik..
Ini aktiviti mereka..
Mencari kucing..
Malu-malu..

Pandangan pertama..

Terus memandang..
Orang tak layan, baik jalan...



Abang Syuk dah besar.


Abang Syaq pun dah besar.





Tuesday, December 6, 2011

Mendidik Anak dalam Pergaulan

Kalau kita mahu disayangi..
Kita perlu menyayangi..
Kanak-kanak dilahirkan dengan fitrah yang baik..
Oleh itu kita perlu menyayangi mereka..
Mencium dan mendakap kanak-kanak adalah ibadah..
Wow!!Pahala FREE!!
InsyaAllah..

Pergaulan dengan kanak-kanak penting..
Memukul, memarahi dan mengherdik biasa dilakukan..
Konon nak mengajar..
Hakikatnya, kita mengajar anak sesuatu yang tidak baik..
Banyak kesalahan yang pernah dilakukan..
Dan banyak yang perlu diperbaiki..
Marilah sama-sama berusaha menjadi lebih baik..

Rasulullah s.a.w sangat baik terhadap kanak-kanak..
Mari kita cuba amalkan 1 hari 1 sunnah..
Wallahualam..


Friday, November 25, 2011

Kasih Sayang

GAMBAR MEMBERI SERIBU SATU CERITA


Gambar yang amat menyentuh hati dan perasaan.
Seorang anak yatim melukis gambar 'ibu'nya dan tidur bersama lukisan itu.
Ya Allah.. 
Kau berilah dia kekuatan dan limpahan kasih sayang..
Kau Maha Penyayang..
Amin..

Persoalan mula timbul..
Adakah anak aku akan begini apabila aku pergi meninggalkan dia nanti?
Adakah ada yang sudi menyambung dan memberi kasih sayangku pada dia apabila aku tiada nanti?
Adakah ada yang akan memeluk anakku untuk dia rasakan yang dia sentiasa dalam keadaan yang selamat?
Adakah ada yang akan mengucup dahi anakku semasa tidurnya?
Adakah ada yang akan meyuapkan anakku makan dan minum?
Adakah ada yang akan mandikan dan siapkan anakku setiap hari?
Sesungguhnya aku takut untuk terus memikirkan yang lain-lain tetapi aku redha akan ketentuanMu Allah..
Ya Allah..
PadaMu aku memohon..
Berikanlah keluargaku kesihatan yang baik..
PadaMu jua aku meminta berikanku perlindunganMu..
Panjangkan umur keluargaku Ya Allah..
Ya Allah..
Berilah aku kesempatan membesarkan dan memelihara amanahMu sehingga dia benar-benar bersedia..
Berikanlah aku kekuatanMu Ya Allah..
Hanya padaMu aku berserah..
Ya Allah Kau Maha Pengasih..
Maha Penyanyang..
Maha Pengampun..
Maha SegalanNya..
Amin..


Pesan pada diri..
Sekiranya ternampak anak-anak yatim..
Berikanlah mereka bukan hanya barangan material seperti makanan dan pakaian..
Tapi beri mereka pelukan dan ciuman yang jarang mereka dapat..
Malah amat diperlukan dan dirindui....


Wednesday, November 23, 2011

Riang Ria

A day before Harimau Muda won gold medal for football Sea Games 2011.
Aanisah Faqihah dibawa ke "ee..gound" or sometimes sound "igam" (playground)..

Bangun tidur je..
Nampak muka ayahnya..
"Ayah, e.gammm.." sambil tersenyum-senyum..
Ibu yang duk membelek dia yang tengah terbaring tadi..
Tak diendahkan nya..
Ibu memang faham..Ibu ni tak boleh bawa AF keluar..
Apa-apa mestilah ayah kan..
Maka ayah pun gembira bila anak buat request sambil tersipu-sipu tu.
Bawa juga kami ke taman.
Lagi pun hari tu AF tak dapat main basikal di taman..
Petang tu, ayah suruh AF pakai diapers..
meaning keluar rumahlah sebab dalam rumah tak pakai diaper dah..
Yeay!

We decided to go to Taman Rimba Riang di Kota Damansara..
Tapi masa kami sampai tu hujan rintik-rintik..

Takut kena hujan

Alhamdulillah  hujan tak lama..
Maka bermulalah kesungguhan AF menunggang basikal...
Kerutan dahi dan kening menampakkan kesungguhan.

Tapi malang kerana kesungguhan itu juga tak lama..
Mula-mula je beria-ia nak main basikal..
Bila dah penat ibu tolak kayuh, minta turun pula..
Kesudahannya, ayah terpaksa usung basikal sampai balik..
Haha..Kesian ayah..

Mula berjalan

Berjalan-jalan menuju ke playground..


Akhirnya sampai..
 Inilah yang pertama AF naik..

La la la la la..
AF cuak juga mula-mula main..
Tengok lubang-lubang tu..

Takut

Masih takut
 Tapi bila dah naik syiekh orang kata..
Mulalah ke sana ke mari..




























Goodbye playground..
Will come again soon..
Tata..

Sunday, November 13, 2011

Semangat Berkawan, Berbasikal, Menari

Berkawan boleh..
Tapi biarlah berpada..

Aanisah Faqihah asyik tak nak kawan dengan orang sejak dua tiga minggu lepas..
Apa saja yang orang lain buat yang tak menyenangkan hati dia..
"Tak nak kawan" lah jawabnya..
Ibu suruh makan elok-elok pun..
Tak nak kawan dah dengan ibu..
Ayah suruh tidur pun tak dah AF kawan dengan ayah..

Tapi sejak hari Jumaat hari tu..

"Ibu, kawan.. seeeeeeeme kawan" (Ibu, kawan..seeeeeemua kawan)..
Mahal betul 'semua' AF tu...bukan panjang lagi seeeeeeeemua kawan dia tu..

Hari ni ingat nak bawa AF pergi main basikal dekat tasik Metropolitan.
Dah lama sangat ibu beli basikal untuk AF tapi tak pernah jejak ke tanah..
Sehari before Raya Haji hari tu barulah ayah bawa ke rumah nenek Nakhoda..

Inilah kali pertama basikal jejak ke tanah..
Before pergi rumah nenek main dekat car park sekejap..

Bersungguh-sungguh..  "Hiyak!!Hiyak!..Push..."

Bersemangat AF nak pergi taman..
Jangan di lupa anak kesayangan..
Singgah sebentar ke rumah nenek Nakhoda..
On the way, nak ke taman..
Hujan lebat pula..

Semangat!!
So, tak dapatlah kami berhibur melihat keletah AF dengan basikalnya..
Pulang terus ke rumah..
Dan melayan keletah AF yang lain pula..
Dancing like a Barbie..
Terpengaruh dengan Barbie - 12 Princesses Dancing..

Ni lah hasilnya..

Layan~

Hakikat sebenar..


Saturday, October 29, 2011

Today is hers! She turns 2..

Alhamdulillah.. Aanisah Faqihah turns 2 today!!
Subhanallah..Allah kurniakan anak kecil yang bijak mengambil hati ibu ayah..
Kepayahan ibu ayah harungi terasa mudah dengan adanya AF..
Senang ibu ayah bertambah ceria dengan adanya AF..

Two days before AF turns 2..
Ibu yang dah lama sangat tak hang out dengan kawan-kawan..
Telah ngedate bersama these 2 lovely persons..
Setelah sekian lama berjanji untuk berjumpa tapi barulah hari tu berlakunya jejak kasihan..

Shima a.k.a Kak Bed & Lea


















Aunt Lea sempat juga babysit AF around 5-10 minutes while ibu & Aunt Shima went to the toilet..
Dan inilah hasilnya..


Thanks Aunt Lea.. You such a good babysitter!!

Aunt Shima telah belikan hadiah yang paling AF suka..
Almaklumlah inilah pertemuan pertama mereka..
Punyalah lama Kak Bed nak jumpa AF..

Talk to the hand! Baby and me trying to sleep..
Ha..ini lah penangannya..

AF yang sememangnya bersifat keibuaan ni teruja untuk menjadi ibu yang baik..










Take care of her 'new baby'..



Inilah AF..
Bila dah sampai rumah masih tak puas bermain dengan 'anak baru'nya itu..
Sampaikan ibu ajak mandi pun tak mahu.. Tidur pun tak mahu..
Keesokan harinya pun itulah yang dicarinya dulu..
Kebiasaan bangun pagi menonton Hi5 telah diketepikan..
Meraung juga bila ibu beria tak kasi bawa anaknya to nanny's house.
Untuk hentikan tangisan kuat ala menjerit itu, ibu akur..


Sebagai 'ibu' yang baik AF memberi sepenuh kasih sayang terhadap anaknya..
Bila 'ibu' makan..Anak juga perlu makan..



Melupakan anak-anak yang lain bila dapat anak yang baru..
Yang dulunya pernah menjadi kesayangan juga..
Antaranya..








Bila tiba hari lahir AF!
Disebabkan hari Jumaat, so ibu tetap bekerja walaupun hari lahir AF!!
Bangun pagi dengan penuh keceriaan..
Lepas settlekan kerja-kerja ibu..
Segeranya ibu pulang awal..Yeay!!

Alhamdulillah!!Happy bila nanny cakap AF tak pakai diaper..
Sampai rumah ibu pula main peranan tanya AF kalau dia nak kencing..
Almaklumlah ibu takut terlepas..
Sebab belum biasa..
Tapi tadi tiba-tiba AF datang dekat ibu..
"Abu, cin.." (Ibu, nak kencing)
Ibu pun bawa masuk toilet..AF tunjuk toilet bowl..
Then!!She did it!!Yeay!!
AF dah pandai beri tahu ibu dia nak melepas..
Ya Allah!!Happynya ibu..
Allah je yang tahu..
Subhanallah...
Alhamdulillah AF dah besar..

No celebration for AF's birthday as usual..
Tapi ibu adalah wished AF..
Dah lihatlah respond AF..


Haha!!

HAPPY BIRTHDAY AANISAH FAQIHAH!!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PASSION FIGHTING FOR THE BEST

Daisypath Anniversary tickers

Aanisah Faqihah's

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Azra Farzana's

lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/NV8x