Thursday, December 13, 2012

Pregger Aromatheraphy Massage

Lately rasa macam mudah sangat letih. Badan-badan pun sakit. Kaki kerap sangat cramp. 

Hari Sabtu hari tu. Hari cuti yang kononnya nak tidur la sampai ke petang tak menjadi kenyataan. Hubby yang tengah dalam toilet berlari-lari ke bilik bila dengar jeritan si isteri. Kaki cramp memang dah tak tertanggung. Lama pula tu nak kebah. Lepas hubby massage barulah lega sikit. Terus berjaga sampai ke malam. Second pregnancy agak berbeza berbanding first pregnancy. Perut lebih besar dari dulu dan badan pun tak imun sangat. Mudah sangat sakit.

Kerana sakit-sakit itu, mild massage diperlukan. Setelah membuat temujanji dengan Kak Ice, maka massage session pun dilakukan di rumah. Kak Ice kata badan ni dah stress sangat, maybe ulang alik bekerja. Pagi turun tangga 3  tingkat, merempit sampai office nanti mendaki tangga sampai tingkat satu, bekerja seharian duduk, berjalan, duduk, balik turun tangga office, merempit dan kemudian mendaki ke tingkat 3. Begitulah 5 hari seminggu. Tu belum termasuk kalau keluar weekend. Alhamdulillah, hubby banyak membantu dalam membuat kerja rumah. Memang kalau ikutkan rumah memang tak terurus since early pregnancy.

Kak Ice ni classmate masa diploma dulu. Even ada BBA (Hons) Economy with flying colours, she chose to be a confinement lady (with certificate) after resign.  Banyak yang Kak Ice kongsikan masa sesi tu. Dari hal pregnant, pantang, anak-anak hinggalah kehidupan berumah tangga. Segala cerita hal keperempuan ni boleh baca di blog Kak Ice dan segala celoteh dan pengalaman dikongsikan di facebook. Specialnya service Kak Ice ni, dia datang rumah dan charge yang dikenakan memang berpatutan. Ini bukan dibayar tetapi ikhlas dari hati. Dah berniat nak suruh Kak Ice yang berurut pantang nanti. 

Ni baby dalam kandungan sekarang. Hari ni dah skip amik darah untuk hyperthyroid. Hope segala baik saja.

4 comments:

Najed said...

Mira due 20/2 ke? sapa dgn my wife :)

Amira Fairul said...

Ha'ah. Weehee samalah. Igtkan time nak kawen je sama naik. Rupanya nak ada baby pun sama naik sy ni. Hehe

Najed said...

hahaha

p/s : kalau bole better remove pengesahan tiap kali nak komen tuh, ponat nak sahkan ...tq :)

annabellaadam said...

boleh tak email no phone kak ice tu? blog dia tak boleh bukak

annabellaadam1@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PASSION FIGHTING FOR THE BEST

Daisypath Anniversary tickers

Aanisah Faqihah's

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Azra Farzana's

lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/NV8x