Friday, January 27, 2012

Tujuan Hidup

Alhamdulillah, masih bernyawa pada pagi Jumaat indah ini..
Esok Aanisah Faqihah berusia 2 tahun 3 bulan a.k.a 27 bulan..

Untuk kali ni, 
Mari kongsi tujuan hidup..
Mudah-mudahan bila selesai baca, dapat muhasabah diri..

Anak-anak kita dilahirkan sebagai Muslim. Perjuangannya adalah untuk memastikan kita dan mereka yang lahir Muslim, mati sebagai seorang Muslim. Kita sering risaukan cara kita mati. Jika boleh, kita mahu mati semasa berdoa di atas sejadah, atau mati semasa bertawaf di Kaabah, atau mati semasa menderma di rumah anak yatim.

Sedangkan cara mati itu di luar kuasa kita.

Apa yang berada di tangan kita adalah cara hidup. Cara hidup yang ditentukan oleh tujuan hidup. Apakah tujuan hidup kita? Tahukah anak-anak kita mengapa mereka lahir ke dunia?

Sebatang pen digunakan untuk menjadi paku di dinding bagi menggantung bingkai gambar akan pecah dan rosak semasa diketuk. Apabila rosak ia dibuang ke tong sampah. Bagaimana pen menjadi sampah? Pen diciptakan atas tujuan yang khususnya. Apabila disalah guna dia akan rosak. Dan apabila rosak ia menjadi sampah.

Demikian juga manusia. Allah menciptakan manusia dengan satu tujuan yang khusus. Jika manusia hidup dengan tujuan yang lain, dia akan menjadi rosak. Apabila rosak mereka menjadi sampah. Dan itulah asal usulnya sampah masyarakat. Siapakah sampah masyarakat? Kita boleh namakan mereka sebagai penagih dadah atau mat rempit. Tetapi hakikatnya mereka adalah manusia yang gagal menjawab soalan paling penting: HIDUP INI UNTUK APA?

Sains tidak mampu memberi jawapan. Matematik tidak boleh memberi jawapan. Hanya AGAMA sahaja yang mampu menjawab persoalan ini.

Itulah intipati firman Allah:

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
[Surah al-Dzaariyaat 51: 56]


Kita mesti sedar bahawa kita hamba. Anak-anak perlu diajar bahawa mereka hamba. Apabila manusia gagal hidup sebagai hamba, mereka akan menjadi tuhan. Tuhan kepada diri mereka sendiri. Hamba kepada nafsu sendiri yang semuanya itu mengundang binasa.

Marilah kita berusaha untuk memainkan peranan ini. Berfungsilah kembali sebagai bapa dan ibu yang bertanggungjawab. Ibu bapa yang bukan hanya memiliki a
nak yang lahir Muslim, tetapi mesti juga hidup Muslim dan mati Muslim.




AMIN

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PASSION FIGHTING FOR THE BEST

Daisypath Anniversary tickers

Aanisah Faqihah's

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Azra Farzana's

lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/NV8x