Friday, August 2, 2013

Jatuh Katil

Kurang lagi 15 hari Azra Farzana menginjak 6 bulan. Memang padanlah dengan usia dan ketangkasan Azra sekarang ni. Dalam 2 minggu lepas, ibu ayah diselubungi kerisauan teruk. Kedua-dua anak kami demam silih berganti. Azra Farzana demam, selsema, batuk sampai hilang suara. Anis pula badan terlalu panas sampai muka dan bibir kemerahan tapi badan shaking asyik mengadu kesejukan. Bila anak-anak demam, ibu biarkan mereka tak berbaju. Selalulah ibu basahkan kain, sapu dan letakkan kain basah ke badan anak bila demam panas.


Budak demam

Ada satu malam tu, ayah ke kelas. Tinggallah ibu, Anis dan Azra di rumah. Selesai tidurkan Azra di bilik atas, ibu bagi Anis makan ubat. Baru sesuap ibu Anis makan, ibu dengar bunyi berdentum diikuti tangisan Azra. Berlari ibu dapatkan Azra. "Allahuakbar! Anak aku.." Azra terjatuh dari katil walau ibu dah halang dengan pillow & bolster keliling. Rasanya tak sampai lima minit pun ibu tinggalkan Azra. Kesian
sangat anak ibu sorang ni, dah la demam, selsema dan batuk ditambah pula dengan sakit badan pula jatuh katil.

Mula-mula memang panik sebab bunyi tu agak kuat dan Azra menangis kuat. Tapi bila ibu dakap Azra dalam pelukan, Azra terus berhenti menangis. MasyaAllah, Allah ciptakan anak dengan penuh sempurna. Seolah tahu hati ibu gundah resah, Azra hentikan tangisan dan begitu sebaliknya, Azra selesa dalam dakapan orang yang melahirkannya. Ibu terus jadi doktor tak bertauliah check keseluruhan badan Azra dimulakan dengan bahagian kepala. Ibu tekankan sikit tangan ibu untuk mencari sekiranya ada benjolan di kepala. Check belakang telinga sekiranya ada lebam. Masih dalam keadaan berdukung, ibu pastikan tangan dan kaki Azra bergerak sempurna dulu. Alhamdulillah, rasa Azra tak teruk barulah ibu call ayah sebab masih rasa gusar. Ibu kena kawal Azra dalam masa 24 jam untuk pastikan dia elok takda masalah. Memang macam tu lah kalau anak jatuh katil. 

Selepas habiskan ubat Anis, Azra masih mengantuk maka jadilah seperti video ni. 


Kesian anak ibu. Sorry sayang. Alhamdulillah, sekarang dua-dua dah sembuh. Jadi bolehlah ibu blogging seperti biasa. Hehe. ;)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PASSION FIGHTING FOR THE BEST

Daisypath Anniversary tickers

Aanisah Faqihah's

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Azra Farzana's

lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/NV8x