Friday, August 9, 2013

Aidilfitri 2013 Bersamaan 1434 Hijrah

Assalamualaikum.

Taqaballahu Minna Wa Minkum!



Alhamdulillah, selesai Syawal pertama 1434 Hijrah! Semoga kita bertemu lagi Ramadhan tahun depan 1435 Hijrah pula. Amin.

Semalam seronok beraya sakan. Seperti tahun-tahun sebelumnya, pagi raya kami beraya di Kampung Nakhoda bersama parent hubby & family dan sebelah tengahari beraya di Pantai Dalam bersama my family. Hari terakhir Ramadhan kami sekeluarga berkumpul dan menyediakan lemang, rendang dan nasi impit untuk juadah Aidilfitri. Tahun-tahun sebelum ni membakar lemang di rumah parent hubby tapi kali ni bersama adik-beradik sendiri. Memang happening sebab daripada 12 orang anak emak hanya 2 orang tak balik raya bersama.

Aktiviti penyediaan membakar lemang : Menyalur daun

Aktiviti penyediaan membakar lemang : Memasukkan pulut & santan

Aktiviti penyediaan membakar lemang : Membakar kayu api menjadi bara

Aktiviti penyediaan membakar lemang : Membakar lemang & menjaga api
Menggulai rendang


Aktiviti bermain bunga api



Semoga segala amalan sepanjang Ramadhan diterima Allah. Amin. Selamat Hari Raya!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PASSION FIGHTING FOR THE BEST

Daisypath Anniversary tickers

Aanisah Faqihah's

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Azra Farzana's

lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/NV8x