Sunday, November 11, 2012

Ujian Trimester 2

Memang pernah dengar orang yang cakap. Sakit paling sakit di dalam dunia ialah:
  • Sakit tatkala menghembuskan nafas terakhir. Yang ni memang tak siapa yang tahu, sebab namanya pun nafas terakhir. Tiada siapa yang boleh cerita pengalaman ni.
  • Sakit ketika hendak melahirkan. Ini memang dah pernah rasa dan akan merasa lagi (insyaAllah) tapi sakit hilang sejurus lepas tengok wajah yang selama 9 bulan 10 hari berada dalam perut sendiri.
  • Sakit gigi. Pergh! Ni bukan biasa. Sebenarnya bukanlah sakit gigi yang sakit sangat tu tapi sakit gusi apabila gigi bongsu nak keluar. Ada 4 gigi bongsu (atas dan bawah, kanan dan kiri) biasanya yang akan keluar tatkala tak tahu bila waktu sebenar sebab semua orang berbeza-beza.
Sakit gigi ni bukan sekali untuk satu-satu gigi bongsu tu tumbuh. Kadang-kadang, makan tahun. Sebab dia bukan tumbuh secara terus tapi berperingkat-peringkat. Tak tahu lah camne nak cerita, tapi yang pernah alaminya tahu lah situasinya. 

Allah beri dugaan sakit gigi kali dikala mengandung pada trimester kedua. Wuargh! Ujian sungguh. Selalunya bila sakit, boleh gak tahan-tahan. Tapi kali ni memang dah tak tertahan-tahan lagi. Mana tidaknya, pipi dah tembam sebelah hasil bengkak gusi tu. Effect dia sampai telinga terasa sangat panas sampai berdesing. Mata pun asyik berair je. Kepala dah asyik berdenyut. Pergh! Memang patutlah orang kata, kalau gigi bongsu nak tumbuh rasa cam nak pelempang orang. Hahaha.

Dek kerana tak tahan sangat, sakit kali ni terpaksa ke dentist. Dentist cakap gigi bongsu bawah dah tumbuh sepenuhnya. Gigi bongsu atas yang sedang menumbuh lah kiranya sekarang ni. Tapi masalahnya, pertumbuhan gigi bongsu atas adalah tidak normal kerana tumbuh menghala ke pipi sebab dah tak cukup space. Wah kemain lagi gigi ni, dah tak cukup space tu takyah la tumbuh. Ini tidak. Terpaksalah mak menanggung semua ini. Akibat dari itu, gigi bongsu bawah akan melanggar gigi bongsu atas yang sedang tumbuh pelik dan mengakibatkan tekanan terhadap gusi atas especially apabila mulut tertutup. Bila gusi terkena tekanan tu buat gusi membengkak dan bernanah. Woah! Memang syoknya dengar. Dentist tak boleh nak x-ray sebab pregnancy. Dentist just cuci nanah dan kemudian memotong gigi bongsu bawah supaya bila mulut tertutup kurang pelanggaran antara gigi berlaku yang menyebabkan bengkak. But, the dentist doesn't help much. Sakitnya sampai hari ni masih terasa lagi. Dentist tak beri sebarang antibody sebab pregnancy jugak. T__T

Tapi dentist ada beri ubat gigi untuk maternity n Oradex untuk cuci-cuci mulut. Itupun boleh guna 10 hari sahaja. Jangan lebih.


Tapi nampak gaya, hari ni kena jumpa dentist lagi kerana sakitnya tak berkurang. Malah badan terasa lemah dan lenguh-lenguh. Sampai begitu kah effectnya? I didn't get to attend my first niece engagement because of this. Takpelah, Allah pasti tahu sebabnya.

Semoga sakit ini menjadi penghapus dosa. Amin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PASSION FIGHTING FOR THE BEST

Daisypath Anniversary tickers

Aanisah Faqihah's

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Azra Farzana's

lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/NV8x