Friday, November 16, 2012

Cuti Yang Rongak

Syok juga bila cuti rongak macam ni.
Sehari bekerja sehari cuti, sehari bekerja sehari cuti.
Feel je kerja. Hehehe

Sebabkan cuti yang rongak, jadi dipenuhi dengan aktiviti ringkas sahaja.
Hari tu pagi-pagi siap breakfast, singgah Sri Ternak beli bahan-bahan masakan.
Niat nak ke kebun terpaksa ditangguhkan sebab hujan.
Terus singgah di Kampung Nakhoda untuk penyediaan bihun sup.
Memang sedaplah masakan nenek Nakhoda ni..
Bertambah-tambah semua orang makan.

Sempat AF tidur dalam kereta.

Muka baru bangun tidur.

Aktiviti AF sementara tunggu hujan berhenti.

Alhamdulillah, hujan pun tak lama.
Hanya kami sekeluarga naik ke kebun.
Sampai di sana, rupanya atok AF pun dah ada.
AF nampak je air sungai terus rasa nak terjun.
Tapi bila nampak ada kambing biri-biri terus lari..
AF kejar sebab nak bergambar dengan kambing biri-biri tu.
Tapi malang sebab kambing tu lari lagi laju dari dia.
Dengar dari jauh AF mengeluh "Ala!" bila kambing-kambing lari berkeliaran.
Atok cakap " Kambing tu liar la Anis, bukan jinak nak bergambar pun"..
Haha.. Kesian AF!

"Sheep! Wait!"

Frustrated.

Pulang dengan kehampaan.

Mengadu domba dengan atok.


Tapi tak lama pun AF merajuk dengan kambing-kambing tu. Terus ingat balik anak sungai.
"Ibu, I want shower!"
Belum sempat tukar baju, ternampak pula ayah baru nak naikkan layang-layang.
Bekejar lagi AF.



Layang-layang dah makin meninggi.
Ayah tak puas hati dengan 'kite string holder' tu tukar kepada botol. Lebih senang katanya. Ibu memang lemah main layang-layang ni. Tak pernahnya naik. AF pula makin tak sabar nak bermain air. Siap request tukar swimming suit.

AF sabar menunggu ayah tukar string holder. Tapi dah siap-siap pakai swimming suit.






Rambutan yang akan ranum dalam 10 hari lagi. 


Ayah memang rajin melayan AF.

Menjadi 'kuda' untuk 'sang puteri"






Dah puas bermain dengan air di sungai, main lagi air dalam toilet. Air sungai yang sejuk memang syok rasa dia. Tapi tak boleh lama sangat, nanti kesejukan pula. Lepas tu AF beri ikan makan. Kami turun semula selepas solat Maghrib. AF tidur dari masa turun tu sampai pukul 12 tengah malam. Kelaparan agaknya. Ibu dah flat! Esok ibu nak kerja lagi. Ayah terpaksa layan AF sampai pukul 3 pagi baru tidur balik.



P/S: bukan cuti aje yang rongak, gigi AF pun semakin merongak.

2 comments:

Oyis said...

seronoknya di kg! mandi sungai, main layang2, mkn buah, heavenly!

Nia said...

alaa,..sian tengok Anis masa kambing-kambing tu lari tinggalkan dia sorang..huhu..

Entry terkini Tips Menambah Susu Ibu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PASSION FIGHTING FOR THE BEST

Daisypath Anniversary tickers

Aanisah Faqihah's

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Azra Farzana's

lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/NV8x