Sunday, September 18, 2011

Eid 1432

Taqaballahu minna wa minkum..

Aanisah Faqihah dah 22 bulan.

Aidilfitri ke-2 bersama AF
Aidilfitri ke-3 bersama Hubby
Memang menyeronokkan..
Alhamdulillah..

AF kuat menangis sekarang ni..
Especially, bila sesuatu yang dia nak tak dapat or nak tidur.
Kalau setakat menangis biasa-biasa tu tak kisah la..
Normal lah orang katakan..
Kalau tak boleh dengar anak nangis baik jaga anak patung..
Tapi kali ni, nangisnya lain macam
Mungkin boleh di kategorikan sebagai menjerit..
Menjerit sekuat hati..
Bila dipujuk, makin teruk pula ragamnya..

25 Ramadhan, ibu ayah nak cari baju untuk AF..
AF pula sibuk nak main display item..
Ibu cubalah pujuklah AF cakap baju cantiklah, itulah inilah..
Tapi AF still menangis menjerit-jerit..
Ayah mengalah, bawa jugalah AF bermain
Ibu dapat beli 3 helai saja baju untuk AF.

Inilah mainannya..























Aktiviti Membakar Lemang

Orang sibuk, AF pun menyibuk 

Dua hari sebelum raya dah siap membakar lemang..
Seronoklah AF bermain dengan saudara-mara..
Dan paling menyeronokkan AF adalah kucing dan ikan-ikan yang dibela atuk dan nenek..




Sehari sebelum raya..
Ibu bungkus lemang yang dah ayah bakar malam tadi untuk dihantar..
AF ajak ibu masuk bilik tidur,
Ibu turutkan saja tapi bila dah masuk bilik sibuk dia nak main..
Ibu belum selesai bungkus lemang ni..
Puas saja AF menyusu
Ibu pun bawa AF keluar main dengan abang dan kakak sepupu..
Ibu duk membungkus lemang kat luar rumah.
Masuk je dalam rumah, seluar dah ditanggalkannya..
Bila suruh pakai seluar balik..
MERAUNG!!

Minta pula nasi..
Bila dah bagi nasi, nampak ikan terubuk bakar..
Padahal nenek dia dah buat sup ikan special untuk dia..
Dia menjerit-jerit LAGI nak kan terubuk bakar..

Ibu dah tak mampu nak layan..
Nenek suruh ibu tidur sekali dengan AF..
Akibatnya terjebak ibu sampai pukul 5..
Lemang belum siap dibungkus..

1 Syawal 1432

Ha ni cute..
Bangun pagi, shower and pakai baju kurung.
After ikat rambut, terus jalan melulu keluar bilik..
Grab her new handbag yang Mama Lai beri malam raya
Straight to the front door.
Muka selamba je..

Lepas solat sunat Aidilfitri terus ke rumah nenek di Kampung Nakhoda
Beraya sakan..
Lepas satu, satu lagi rumah dijejaki..

Selesai beraya di sana..
Giliran pulang ke kampung ibu di Pantai Dalam..
As usual, ramai yang dah ada di sana..
Have a lot of fun with cousins, aunties, uncles and granny..

Happy!!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PASSION FIGHTING FOR THE BEST

Daisypath Anniversary tickers

Aanisah Faqihah's

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Azra Farzana's

lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/NV8x