Thursday, August 11, 2011

Mendidik Anak - Marah vs Nasihat

Mengeluh bila sebut mendidik anak..
Hari ini pun dah macam-macam kes..
Macam manalah pula 10-20 tahun akan datang..
Cabaran lebih hebat bakal dilalui ibu bapa..

Mengeluh bukan sebab tak mahu mendidik..
Sebaliknya, tak tahu cara mendidik anak dengan baik..
Terlalu lembut takut anak melawan..
Terlalu keras takut anak berdendam atau melenting..
Hurm..
So, biar yang sedang-sedang aja..

Tapi macam mana nak jadi yang sedang-sedang tu ya?

Keletihan seharian bekerja di pejabat..
Sampai rumah ada kerja rumah yang menanti..
Anak pula buat perangai..
Mulalah timbul rasa marah..
Anak mula diherdik, dipekik dengan muka menyinga..
Tapi wajarkah anak diperlaku seperti itu?
Owh sungguh skema ayatku..
Tapi itu lah persoalan yang sudah tentu jawapannya negatif..
Tidak wajar sama sekali!

Sebagai ibu, pasti kita tak mahu anak membesar dengan gangguan emosi..
Tapi adakalanya, kita sendiri tak dapat mengawal emosi.
Kita pula memarahi anak kecil ni.
Perbuatan macam ini sebenarnya sangatlah tidak praktikal untuk keluarga..
Kenapa mesti marah-marah sedangkan ada cara yang lebih diplomasi..
Anak sedang membentuk jati diri..

Bercakap di depan cermin..
Bukan untuk orang, tapi untuk diri sendiri.

SEBELUM MARAH ANAK, NASIHAT DIRI

Sedih melihat anak menangis hari ini..
Lagi sedih kita menangis kemudian hari..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PASSION FIGHTING FOR THE BEST

Daisypath Anniversary tickers

Aanisah Faqihah's

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Azra Farzana's

lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/NV8x