Saturday, December 28, 2013

Hari Istimewa Separuh Abad Lepas

Sementara aku masih ingat
Mungkin aku akan penat
Setelah habis segala keringat
Jadi, aku titipkan ini biar tersemat!

Kita borak dan kenal
Terlintas tidak kau bakal bertakhta
Mana tidaknya
Kau jauhkan diri, kau jauh pergi 
Kau biar aku sendiri
Aku sangka kau benci

Tapi saat aku kau nakihi
Tangis mu penuh erti
Masjid kita diri
Tanggungjawab kau fahami
Aku milikmu pasti
Kau sangat mendalami segala isi
Jadilah aku seorang isteri

Walau aku ragu dengan kata kau
Yang aku akan lebih bahagia selepas bersatu
Sangka aku meleset bila kau berubah
Buruknya aku bersangka-sangka
Rupanya kau lebih baik dari semalam yang aku jumpa
Kini kau sempurnakan
Dunia ku indah dengan realitimu
Yang selama ini hanya fantasi mimpiku
Aku kau letak sebagai permaisurimu

Cara kau yang tersendiri
Kau pilih untuk kita saja yang tahu
Betapa indah dan bahagianya bersama
Menzahirkan rasa sayang dan cinta
Lebih pada perbuatan dari kata-kata
Tapi aku sentiasa merasa bahagia
Kerana ikhlas sayang itu bukan terletak pada kita
Tetapi dari yang Maha Esa

Aku yang bertuah itu
Kerana dinakihi kau
Kau yang sempurna segala
Senyum kau pengubat duka
Kata kau penghibur lara

Kau terima aku seadanya aku
Suka nya aku, dukanya aku
Marahnya aku, tangisnya aku
Panasnya aku, dinginnya aku
Kurusnya aku, gemuknya aku
Wanginya aku, busuknya aku
Bisingnya aku, diamnya aku
Semua...
Semua kau terima

Aku sangat tersentuh kau bacakan kitabmu untukku
Kau beritahuku kau rela adanya aku
Kau redha salahku
Kau maafkan semua perbuatan burukku
Kerana aku lah tulang rusukmu
Yang bengkok itu
Tak bolehkan engkau luruskan
Seperti mahumu
Kau hormati
Segala ayat-ayat indah dari kalam Pencipta
Melainkan hanya menurut kata Rabb
Fitrah perempuan, memang begitu

Syukur aku, tunduk aku
Pada Allah yang menemukan aku denganmu
Terima kasih suami
Kerana menjadi yang satu
Lelaki paling aku kagumi selepas ayahku.

Aku punya begitu banyak impian
Aku punya begitu banyak angan
Aku punya begitu banyak perancangan
Aku punya terlalu tinggi cita-cita

Apabila aku katakan bahawa aku ingin kesemua impian, angan dan perancangan menjadi nyata, biarkan cita-cita menjadi realiti bukannya fantasi atau pemikiran yang terbazir.

Aku cintai kau sebagai suamiku
Aku hormati kau sebagai imamku
Aku sorak kau sebagai teman baikku

Mari kita lakukan TERBAIK untuk anak-anak, keluarga dan masa depan.

Terima kasih CINTA ABADAN ABADA, INSYAALLAH.

AMIN ALLAHUMA AMIN.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PASSION FIGHTING FOR THE BEST

Daisypath Anniversary tickers

Aanisah Faqihah's

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Azra Farzana's

lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/NV8x