![]() |
| Love u both Aanisah Faqihah & Azra Farzana |
Showing posts with label Sisters. Show all posts
Showing posts with label Sisters. Show all posts
Tuesday, August 27, 2013
Got Sick
Miss my princesses. Semalam Anis diarrhoea sampai tengah tidur pun boleh terlepas sisa-sisa toksidnya. Azra pula batuk-batuk sampai muntah. Anis terpaksa pakai diaper Azra ke sekolah hari ni. Kesian anak-anak ibu. Balik nanti ibu pamper you both.
Wednesday, July 31, 2013
Friday, May 31, 2013
Monday, March 18, 2013
Berpantang Sendiri
Berpantang sendiri bukanlah satu perkara yang sukar untuk I yang dah ada pengalaman berpantang lagi pun banyak urusan dibantu hubby. Masa bersalin Aanisah Faqihah dulu, lama berpantang dengan mak mertua hanya seminggu berpantang dengan emak sendiri. So, pengalaman berpantang tu sangat berguna dalam keadaan sekarang ni. Mak mertua asyik keluar masuk hospital atas masalah kesihatan; usia pula menjadi salah satu faktor taknak susahkan mak sendiri. Alhamdulillah, so far belum ada masalah besar lagi. Semuanya berjalan lancar.
Hubby cuti dari hari ibu bersalin (Khamis) sampailah hari Ahad. Time orang datang menjenguk baby hubby lah yang hidangkan makan minum tetamu. Anis pun diuruskan dari mandi sampailah ke tidur. So bila hubby start kerja hari Isnin tu, terpaksa hantar Anis ke rumah nanny walaupun ibu ada je kat rumah. Rasanya time tu badan masih lemah lagi belum terdaya nak jaga plus takut terabai pula makan pakai dia nanti. Berurut bermula pada hari ke-5 selama 3 hari, dah booked mak bidan muda Kak Aisyah untuk berurut dan lauk berpantang sekali untuk sebulan, tapi khidmat penghantarannya dapat dihantar selama 2 minggu je sebab rumah jauh dari rumah penghantar. Kalau duduk area Shah Alam, Subang, KL mungkin takde masalah dia nak hantar.
![]() |
| Antara lauk berpantang yang dihantar. |
3 hari tak perlu risau untuk mandikan Azra Farzana tanpa hubby sebab Kak Aisyah buat semua tu. Tapi lepas tu kena kuatkan diri juga. Pada rutin awalnya, selesai solat Subuh hubby sediakan mandian herba untuk ibu and air mandian untuk Azra. Hubby tanak nasi awal dan sebelum bertolak ke tempat kerja, hantar Anis ke rumah nanny. Selepas mandi dan berbengkung ibu akan minum pagi dan hanya mandikan Azra bila dah rasa kenyang sebab risau badan menggigil pula. Sebelum tengahari pembantu Kak Aisyah akan menghantar lauk dan sedia dimakan tengahari. Biskut cap Ping Pong dicelup milo panas jadi minuman petang setiap hari. Selesai bekerja hubby akan ambil Anis dan panaskan je balik lauk tengahari tadi. Rutin diubah selepas lauk berpantang tak dihantar, hubby terpaksa balik ke rumah menghantar lauk. Hubby beli samada sup ikan merah, jenahak, kari tenggiri or terubuk bakar. Weekend hubby ada masa, so hubby yang masak sendiri and my favourite of all is terubuk pindang. Memang awesome sangat rasanya. Hubby memang terror masak! Thank you sayang.
Memandangkan hubby memang balik tengahari untuk hantar makanan, ibu pun dah kuat sikit so Anis boleh lah duduk rumah dengan ibu. So rutin bertambah sikit tapi tak sesukar mana. Anis pun dah besar dan boleh mandi and pakai baju sendiri. Buka aje shower tap tu, pandailah Anis mandi dan uruskan diri tapi ibu tetap pantau. Cuma nak selalu kena buatkan susu untuk dia. Dengan adanya Anis kat rumah ibu rasa banyak yang dibantu. Ibu minta tolong apa apa, "Anis, please get Azra's towel", "Anis, go get handkerchief baby please" pasti dicapainya. Kadang kadang je datang angin nya lambat sikit sampai apa yang diminta. Alhamdulillah, sampai hari ni dah rasa sihat. Hubby sangat membantu dan memahami, jasamu sangat dihargai.
Tips berpantang adalah rehat. Buat kerja yang ringan ringan je. Kalau rasa penat, duduk atau baring segera. Biarlah rumah macam tongkang pecah pun takpe. Lepas pantang nanti kemas lah balik rumah and boleh dikira workout juga tu. Lucky me, hubby buat dah semua.
Tips berpantang adalah rehat. Buat kerja yang ringan ringan je. Kalau rasa penat, duduk atau baring segera. Biarlah rumah macam tongkang pecah pun takpe. Lepas pantang nanti kemas lah balik rumah and boleh dikira workout juga tu. Lucky me, hubby buat dah semua.
Friday, March 15, 2013
Pipi Labuh dan Suntikan
Semalam Azra Farzana dah pun genap sebulan, I bawa la Azra ke clinic untuk suntikan Hepatitis B. Seperti cliche ibu ibu lain, I tak terlepas untuk teruja dengan kenaikan badan baby and penurunan badan I sendiri.Masa nurse buat home visit pada hari ke-10 kelahiran Azra dah 3 kilogram. Semalam dah pun 3.7kg dan menunjukkan peningkatan sebanyak 1kg dalam masa sebulan. Memang semangat betul AF2 ni. Rasa seronok sangat dapat baby pipi labuh, dulu tengok anak orang je. Ibu dia pula turun 10kg dari penambahan 20kg during pregnancy. Kerja keras perlu dilakukan ni. Berusahalah!!
Ye, Azra telah pun dicukurkan kepalanya dan ditimbang perak pada hari ke-7. Ibu dengan ayah telah menggembleng tenaga melicinkan kulit kepala Azra. Kalau rajin nanti akan adalah entri khas pengalaman cukur rambut baby ni.
![]() |
| Azra Farzana 1-Month Old |
Ye, Azra telah pun dicukurkan kepalanya dan ditimbang perak pada hari ke-7. Ibu dengan ayah telah menggembleng tenaga melicinkan kulit kepala Azra. Kalau rajin nanti akan adalah entri khas pengalaman cukur rambut baby ni.
Thursday, March 7, 2013
Pillow Talk
Hubby ada dua orang adik beradik aja. Sebelum ni hubby pernah cakap yang dia tak pernah sekali pun bergaduh dengan abangnya. Macam pelik pula dengar kan sebab kita ni ada doblas adik beradik dan selalu barcakaran. Memang perkara tu diakui ibu mertuaku sendiri. Even masa kecik-kecik yang tak boleh berfikir secara dewasa pun memang diorang tak pernah saling gigit menggigit or ketuk mengetuk antara satu sama lain walau beza umur setahun je. Wah! Bagus kan?
So, perkara baik perlu dijadikan tauladan. Kita risik risik la mak tanya apa yang buat sampai depa takda rasa nak bergaduh langsung. Mak pun dengan senang hati memberi tips kepada bakal ibu time tu. Antaranya ialah; apa yang abang ada, adik mesti ada. Emak akan beli benda yang sama untuk abang dan adik so dorang memang takkan gaduh sebab masing masing ada benda yang sama.
Sebagai ibu yang beranak dua ini, tips itu adalah baik untuk kita ikuti tapi perlu improvise sikit. As for me, yes, apa yang kakak ada, adik perlu ada tapi ada masa apa yang perlu dikongsi, kakak dan adik perlu berkongsi. So langkah emak kita ikut bila kakak ada pillow adik pun perlu ada pillow. Dalam kereta ada satu L-shape pillow Aanisah Faqihah (Anis) guna untuk tidur or lay down sambil minum susu. Tapi bila Azra Farzana (Azra) dah lahir ibu guna pillow tu untuk Azra. Tapi kesian pula kat Anis bila nak tidur dia cakap "Anis want to sleep but no pillow". Kesian.
Sebenarnya ibu dah siap tempah pillow untuk Azra tapi belum dapat lagi time tu. Tapi sekarang Alhamdulillah dah ambil pun pillow tu. Maka penuhlah kereta pillow sahaja. Sekian.
![]() |
| Aanisah Faqihah's pillow |
![]() |
| Azra Farzana's pillow |
p/s: Harap dari kecik sampai beranak pinak pun depa boleh pillow talk together.
Wednesday, March 6, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)
Azra Farzana's
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/NV8x









