Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Sunday, November 17, 2013

Empat Tahun Lah!



My little princess, Aanisah Faqihah, dah besar! Percaya tak? Tolonglah percaya. Memang Aanisah Faqihah umurnya membesar tapi tidak badannya.

Dalam usia Anis sudah menginjak empat tahun pada 28 Oktober lepas, masih ada perkataan yang Anis tersalah faham maksud satu-satu perkataan tu.


Antaranya:
  • Surprise - Happy Birthday
  • Jahat - Syaitan
  • Baik - Allah


Dan kadang-kadang ada antaranya Anis keliru dan selalu tersalah sebut. 
  • Poket - Kopet
  • Cuti - Cruti
  • Water - Warer
  • Spoon/ Fork - Spork
  • Jaga - Gaja
  • Tanah Liat - Tanah Jilat

Seperti hari-hari cuti lainnya, kalau ayah tiada di rumah. Kami anak beranak akan beraktiviti di luar rumah melakukan perkara boleh mengeluarkan peluh seperti bercucuk tanam, sapu laman, dan berjalan satu taman. Tapi last weekend hujan pula, so kami still duduk di luar tapi duduk main tanah liat aje lah. So, sempat ibu record video ayat keliru Anis tu.

Sunday, March 3, 2013

Welcome Princess!

Alhamdulillah.
Akhirnya pada 14 Febuari 2013 @ 0721am lahirlah seorang lagi penyeri dalam keluarga kami setelah penantian selama 38 minggu 5 hari. Pengalaman yang indah untuk pemberian yang indah dariNya. Syukur.

Segala ketentuan Allah adalah sebaik-baiknya berbanding perancangan manusia. Maternity leave kononnya nak ambil selepas kelahiran adalah idea yang dibantah ayah, colleagues and bosses especially Encik Azhar yang kept asking when am I going start to take leave. Mereka-mereka ni semua adalah orang yang risau sekiranya berlaku sebarang perkara tak diingini. Atas nasihat ayah, ambil jugalah maternity leave awal iaitu after Chinese New Year holiday (leave start on 13th) because the due was on 20th February 2013. Its a week before my due. Walau tanpa sebarang penunjuk atau tanda-tanda nak bersalin, ibu menguatkan diri untuk merasai pengalaman yang membosankan berada di rumah. Ayah suruh ibu rest sebab ayah kata nanti nak deliver perlukan kekuatan sebab ayah had experienced witnessed it. Tapi Allah itu Maha Mengetahui bahawa hambaNya tak mampu bertahan lama, cukuplah sehari dua saja.


13 Febuari 2013

Selepas 4 hari bercuti (2 days on weekend and 2 days for CNY holiday). 

Pengalaman bersalin kali ini tidak kurang bezanya dengan pengalaman yang lepas. Selepas kerap melihat ibu keluar masuk toilet, ayah started asking whether ibu dah rasa any show to deliver tapi ibu menyangkal dengan pandangan kosong. Ibu pun tak sure sebab takda contraction or waterbag broke pun. Tidur seawal 2130 dan kerap pula terjaga kerana baby dalam perut asyik  mengeras. 


14 Febuari 2013

0340 ibu bangun entah kali yang ke berapa. Ibu dah mula rasa contraction. Ibu woke ayah up and told him there was a contraction we waited for. Ayah asked ibu then if we should go to the hospital right away but I refused and said "I want to eat first because I am really hungry." Ibu took shower and wore a watch to monitor the contraction from time to time. After shower ibu ate Hup Seng biscuit dip into hot *all-time favourite* Milo made by ayah. Even though, the contraction was still there but ibu started ironed a scarf to go to hospital while ayah was performed his solat. Once a while, ayah will help by together massage the backpain. 

5.58am ayah carried Aanisah Faqihah yang lena dibuai mimpi and sent her to nanny's house downstair. Dengan seribu kepayahan ibu perlahan-lahan turun tangga dipimpin ayah. Sekali sekala berhenti bila contraction datang dan datang. Dalam perjalanan ke Hospital Selayang ayah ingatkan ibu baca ayat yang dibacakan Nabi Yunus ketika berada dalam perut ikan tu.

  • Surah Al-'Anbya': Ayat 87
"... Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri."
Ayah galakkan ibu dan sama-sama menemani ibu membaca surah-surah setakat yang ibu mampu. Walau terhenti-henti dek contraction, ayah recited along with ibu all the way to the hospital.
Sampai je hospital, the contraction dah makin kuat. Less than an hour they took me into labour room and in few minutes I've safely delivered another princess to our family at 0721. Alhamdulillah. Hubby always with me since I felt the contraction, witnessed the childbirth for the second time, down his knees and pray for what we have now. We are blessed.

Here she is fresh from oven!



Friday, November 2, 2012

3 IS A BIG NUMBER!

Alhamdulillah. Hari Ahad lepas, 28 October 2012, genaplah usia Aanisah Faqihah 3 tahun.

4-5 bulan sebelum tu AF dah selalu sangat tengok cara buat 3D princess cake ni. Pastu asyik la request dia nak birthday cake.



Mula-mula ibu memang plan nak beli princess cake untuk AF tapi ayah macam tak setuju je. Jadi terpaksa batalkan niat ibu tu. 27 October 2012, Sabtu, malam Ahad tu ayah senyap-senyap nak keluar. Ibu tanya ayah nak ke mana ayah cakap nak pergi buang sampah. Ibu suruh AF ikut ayah tapi ayah tak beri. Tak tahu apa yang bermain di kepala ayah, tahu-tahu ayah bawa AF pergi buang sampah kononnya. Lama ibu tunggu ayah dengan AF tak sampai-sampai rumah.

Ibu risau, tapi detik dalam hati "ayah bawak AF pergi beli ice cream kot".
Tapi terasa lama sangat pulak diorang ni pergi.
Ibu tak puas hati, ibu call ayah "ada depan pintu ni".
Owh rupanya ayah balik bawak kek untuk AF.
Ibu tanya AF, "ayah beli apa tu Anis?"
"ayah beli tu" sambil menuding ke arah kotak kek.
"What is that?"
"I dunno." Selamba AF jawab.

I confused. How come she doesn't know. Ibu asked ayah. Rupanya dengan selamba badak ayah tinggalkan AF dalam kereta while ayah pergi membeli kek itu tanpa pengetahuan AF. Nauzubillah! Astaghfirullahalazim! Subhanallah! Panjang istighfar ibu. Alhamdulillah, takde apa yang berlaku. Paling tak boleh blah sangat, ayah boleh senyum je tengok ibu gelabah rupa itu. Hurm, next time, tak payah lah bawak AF kalau camtu.

Tapi sekejap je kegelabahan berlaku sebab bukan AF je teruja, ibu pun terkejut tengok ayah balik bawa kek. Rupanya ayah cari princess cake untuk AF tapi takda. Dapat Dora The Explorer cake ni pun sangat menggembirakan AF. Happy nya dia. Kebetulan baju AF pakai hari tu sama colour dengan cake. Dah macam ada tema gitu!





Hari lahir AF memang takkan ada sambutan seperti mana ibubapa lain buat, tapi ayah tetap jadikan ianya hari yang istimewa. Ayah bawa kami makan tengahari di Restoran Upin & Ipin di Taman Melati. Happy AF makan dikelilingi Upin Ipin dan Kawan-Kawan. Ayah belikan apa yang AF request.





Sebelum balik ayah singgah di Taman Metropolitan Kepong. Ayah bawa AF main layang-layang. Dah puas berlari-lari dengan layang-layang, AF nak main di playground pula. Layankan aja birthday girl sorang ni. Main-main sampai puas.









Masa nak balik ayah singgah lagi belikan AF bubble pistol. Meriah AF!






Tuesday, December 13, 2011

Besar Dah!!

Hari ni Hubby lewat ambil kat office..
Hubby ada kerja sikit..
Jadi peluang ini digunakan untuk update blog..
Entry lapuk pasal birthday gift for Aanisah Faqihah yang sepatutnya dah update lama dulu..
Dan entry baru pasal aktiviti cuti hujung minggu ke dalam satu entry..

Memang dah lapuk sangat..
Second birthday AF was on October..
Tapi December baru ibu update..
Terbaik!!

Ibu beli online je hadiahnya..
Hari ni bayar, esok dah sampai..
Tapi ibu bagi address rumah nenek Selayang..
So, tugas ayah la pula mengangkut hadiahnya dari Selayang ke rumah..
Bila ibu ambil AF dari rumah nanny,
Rupa-rupanya ayah dah siap pasang segala..

Reaksi AF:
Masuk rumah sambil menjerit "Eee komm.." (Assalammualaikum..)
"Ayah!! Owh ayah!! Eeee..kom........"
Memang dia tak perasan mula-mula..
Tapi bila dah ke tengah rumah sikit baru perasan..
Senyum.
Pandang ibu, pandang ayah.
Senyum.
Pandang ibu, pandang ayah.
Tutup mulut.
Senyum.
Macam orang besar sangat reaksi terkejutnya tu..
SURPRISE!!!

Ibu pun tak sangka macam tu reaksi AF bila tengok hadiahnya..
Lepas tu ibu dekat kan dia dengan hadiah..
Barulah ada suara balik..
"Ayah..Jom!!"

Inilah hadiah tak seberapa dari ibu dan ayah..

"Woah!!Tantiknya!!"


Ibu memang sengaja memilih ini kerana kisah ini..

Ok,
Cukup sampai situ untuk entry lapuk..
Sekarang ni yang terbaru..
Hujung minggu baru ni..

Ayah bawa kami ke kebun..
Niat nak chilling di rumah nenek Selayang bertukar bila nenek ajak ke kebun..
"Atok pun dah ada kat kebun, jom lah kita ke kebun" kata nenek..
Maka chillax di kebun lah kami..




Dan keesokkan harinya..
Pergi pula ke rumah orang yang baru je berkhatan 3-4 hari..
Tapi lupa pula nak ambil gambar si pesakit yang macam tak sakit langsung tu..
Adik-adiknya yang ada..
Tapi warning yang tak boleh tahan dari Abang Ahmad..
"Abang Ahmad memang dah besar, tapi jangan tanya pasal kawen!!"
Dia cakap macam tu pun sebab makcik dia ni called on his first day after khatan and said..
"Eh!!Abang Ahmad dah besar rupanya..Boleh jaga adik, jadi abang yang baik, boleh kawen.."



Geram!!
Dan disebabkan Isnin pun cuti sempena birthday Abang Fakar yang juga birthday Sultan Selangor..
Kami ke Pantai Dalam pula melihat mangsa khatan seterusnya..

Sementara menanti abang Syuk dan abang Syaq balik dari klinik..
Ini aktiviti mereka..
Mencari kucing..
Malu-malu..

Pandangan pertama..

Terus memandang..
Orang tak layan, baik jalan...



Abang Syuk dah besar.


Abang Syaq pun dah besar.





Saturday, October 29, 2011

Today is hers! She turns 2..

Alhamdulillah.. Aanisah Faqihah turns 2 today!!
Subhanallah..Allah kurniakan anak kecil yang bijak mengambil hati ibu ayah..
Kepayahan ibu ayah harungi terasa mudah dengan adanya AF..
Senang ibu ayah bertambah ceria dengan adanya AF..

Two days before AF turns 2..
Ibu yang dah lama sangat tak hang out dengan kawan-kawan..
Telah ngedate bersama these 2 lovely persons..
Setelah sekian lama berjanji untuk berjumpa tapi barulah hari tu berlakunya jejak kasihan..

Shima a.k.a Kak Bed & Lea


















Aunt Lea sempat juga babysit AF around 5-10 minutes while ibu & Aunt Shima went to the toilet..
Dan inilah hasilnya..


Thanks Aunt Lea.. You such a good babysitter!!

Aunt Shima telah belikan hadiah yang paling AF suka..
Almaklumlah inilah pertemuan pertama mereka..
Punyalah lama Kak Bed nak jumpa AF..

Talk to the hand! Baby and me trying to sleep..
Ha..ini lah penangannya..

AF yang sememangnya bersifat keibuaan ni teruja untuk menjadi ibu yang baik..










Take care of her 'new baby'..



Inilah AF..
Bila dah sampai rumah masih tak puas bermain dengan 'anak baru'nya itu..
Sampaikan ibu ajak mandi pun tak mahu.. Tidur pun tak mahu..
Keesokan harinya pun itulah yang dicarinya dulu..
Kebiasaan bangun pagi menonton Hi5 telah diketepikan..
Meraung juga bila ibu beria tak kasi bawa anaknya to nanny's house.
Untuk hentikan tangisan kuat ala menjerit itu, ibu akur..


Sebagai 'ibu' yang baik AF memberi sepenuh kasih sayang terhadap anaknya..
Bila 'ibu' makan..Anak juga perlu makan..



Melupakan anak-anak yang lain bila dapat anak yang baru..
Yang dulunya pernah menjadi kesayangan juga..
Antaranya..








Bila tiba hari lahir AF!
Disebabkan hari Jumaat, so ibu tetap bekerja walaupun hari lahir AF!!
Bangun pagi dengan penuh keceriaan..
Lepas settlekan kerja-kerja ibu..
Segeranya ibu pulang awal..Yeay!!

Alhamdulillah!!Happy bila nanny cakap AF tak pakai diaper..
Sampai rumah ibu pula main peranan tanya AF kalau dia nak kencing..
Almaklumlah ibu takut terlepas..
Sebab belum biasa..
Tapi tadi tiba-tiba AF datang dekat ibu..
"Abu, cin.." (Ibu, nak kencing)
Ibu pun bawa masuk toilet..AF tunjuk toilet bowl..
Then!!She did it!!Yeay!!
AF dah pandai beri tahu ibu dia nak melepas..
Ya Allah!!Happynya ibu..
Allah je yang tahu..
Subhanallah...
Alhamdulillah AF dah besar..

No celebration for AF's birthday as usual..
Tapi ibu adalah wished AF..
Dah lihatlah respond AF..


Haha!!

HAPPY BIRTHDAY AANISAH FAQIHAH!!





Wednesday, November 10, 2010

baby 1st birthday


hari ulang tahun kelahiran Anis yang pertama..

walaupun x celebrate secara rasmi..
aku plan ngan family aku utk berlepak2 di taman..
kononnye itu celebrate birthday Anis la pada aku..
seronoknye kami di Taman Metropolitan Kepong..
sebab bukan selalu dapat gather ngan family lepak g taman..
paling kuat pun..
lepak ramai2 kat rumah mak, beli makanan kat pasar malam..
aku dah bosan..
ajak lepak luar, agak meriah sket sambutan..
sume stuju!!
family aku mmg BEST!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PASSION FIGHTING FOR THE BEST

Daisypath Anniversary tickers

Aanisah Faqihah's

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Azra Farzana's

lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/NV8x