Showing posts with label House Planning. Show all posts
Showing posts with label House Planning. Show all posts

Sunday, October 12, 2014

Officially Stay At Home Mom

Phew!!

Finally two months passed! Now I'm officially a full-time housewife. Last jadi permanent staff at Squid was on August 2014. Sekarang dah jadi freelancer pula.

So, a month passed just like a blink of an eye. How it was being stay at home mom like? There was a big question mark. U can't imagine unless you are the one. Last September was all disaster! Bukannya apa, belum pandai manage time lagi. Office still pergi juga 1/2 times a week bawa Azra Farzana. Memang sedikit kucar kacir la sikit bila Azra bermaharajalela kat office tu.

Attending  cousin hubby punya nikah di Kedah. A week after merewang pula di Nakhoda. Memang dah tradisi family hubby suka masak sendiri walaupun ramai dah memilih catering je sekarang ni. So, aktiviti dekat rumah terhad. Banyak aktiviti luar kawasan.

Wake up call!!

Many things to be done. Everything is new. Slowly try to tune new way of life. Seriously, being stay at home mom is NO JOKE!!

Sunday, July 21, 2013

A Place We Call It Home 2

Sekarang dah pun bulan Julai. Sekarang ni bukan nak cerita pasal bulan Julai tapi bulan Mac.

Ironinya 21 Mac.

Sebelum ni pernah dititpkan entry pasal pembelian rumah. It was last year and I still remember when did I sign my very first Letter of Offer to Purchase a property was on 21st March 2012. Kedengaran macam wah, agaknya dah setahun jugaklah kau duduk rumah kau sendiri ye. Nope, its totally wrong. Why? It is because I just received the key of the house on 21st March 2013. Its Ironi of 21st March.

Memang dah maklum proses pembelian rumah ni akan berpanjangan sebab owner dah meninggal, tapi tak sangka ambil masa sampai setahun. Tapi apa pun, memang bersyukur sangat akhirnya dah pun ada rumah sendiri. Alhamdulillah. Walaupun pada awalnya rasa macam mustahil nak ada rumah dalam masa sesingkat ni, Alhamdulillah Allah permudahkan.

We had move for good from Damansara Damai to Subang Perdana since 14 April 2013. Masa tu genap Azra Farzana dua bulan. Berbekalkan semangat waja, oleh itu hanya dengan berkereta Waja saja kami berpindah. Entah berapa trip sehari. Hubby lah superhero yang angkut barang turun naik tingkat 3. Kami empat beranak berangkut hari tu juga sebab ibu dah start kerja balik esoknya. Phew!

Proses perpindahan berlaku perlahan sebab angkut pakai waja je kan. So, dalam seminggu pertama tu masih lagi kami berangkut. Selesai mengangkut adalah dalam 2 minggu juga, itu pun dengan bantuan kawan baik kami, Zul & Kelly mengangkut barang pakai Hilux mereka 1 trip dan officemate ayah, Faizul & Iwan.

Bila semuanya dah selesai terasa lega tapi sampai sekarang barang belum habis kemas. Minggu lepas baru buka hadiah-hadiah kahwin lebih kurang 4 tahun lepas. Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan elok lagi. Itu pun, ada juga yang masih perlu dikekalkan dalam kotak sebab dah banyak kat luar.

Less than a month hubby bertungkus lumus membersih dan mengecat rumah. Jadi, beginilah hasilnya..

Ruang tamu sebelum dicat.

Ruang tamu selepas dicat.
Ruang dapur sebelum dicat.



Ruang dapur yang telah dicat.

Ruang tengah sebelumnya.

Ruang tengah, selepasnya.









Banyak ni saja yang boleh maintain dulu. InsyaAllah, klu ada rezeki nanti boleh buat apa yang patut. Rasanya dah dapat landed property kat Klang Valley ni pun dah bersyukur banyak dah. Alhamdulillah.

Thursday, May 31, 2012

A Place We Call It Home 1

WARNING!! LONG ENTRY.

After 2 years (may be its more than that), we are looking for a place that we can call it home. Surveying, searching and now. Its time!!

Ikrar konon nak simpan duit selama tiga tahun terhapus tak sampai setahun. Sigh. Tapi Alhamdulillah, rezeki lebih awal dari jangkaan. Ianya bermula di sini.


Surveying/Searching

Dah banyak rumah yang kami jejak. Dah ramai pihak yang kami hubungi. Rumah yang dicari area Damansara-Shah Alam. Semua area ni kami dah pusing. Sampai hubby naik hafal rumah kat area ni berapa harga, rumah area tu berapa bilik, rumah sana leasehold status, rumah sinun ramai orang asing.. Sampai hubby jadi reference kawan-kawan untuk rumah mana yang ok or tak. Hinggalah pada 21 Mac 2012. Balik je kerja, kami ke Subang Perdana setelah berjanji dengan agent. Ramai yang datang tengok juga. Melihat keadaan rumah yang hendak dijual. Condition memang ada rupa rumah kena tinggal setahun. So, sedia maklum. Tapi ok sebab meet our demand. Walaupun ianya rumah lama yang kami beli dari owner a.k.a subsale house.. Tetap menjadi pilihan hati kerana beberapa faktor iaitu:
  • Landed property. (dah penat duduk rumah tinggi.. asik mengangkut..)
  • Harga yang berbaloi. (within budget!)
  • Berdekatan dengan masjid. (jalan kaki dalam 20 langkah je)
  • Berdekatan dengan sekolah. (jalan kaki dalam 20 langkah jugak) 
  • Kawasan kejiranan Melayu. 
  • Berdekatan dengan kemudahan asas lain seperti klinik/kedai/playground.


10% Deposit/Booking

Untuk tak melepaskan peluang, malam itu juga kami berjumpa semula dengan agent.
Sebab dah banyak kali terkena "the property said is sold".
Bayar 3% of the total amount of house price as deposit/booking.
Dapatkan Letter of Offer to Purchase (LOF) untuk kegunaan semasa membuat home financing/loan application.
The 7% balance of deposit hanya bayar selepas home financing/loan approved atau semasa sign S&P untuk mengelakkan kerumitan sekiranya tak boleh biaya harga rumah kalau tak dapat kemudahan kewangan atau pinjaman dari bank.



Home Financing/Loan Application 

Kami memilih Al-Rajhi Bank untuk Home Financing sebab:
  • Pure Islamic.
  • BFR yang tinggi.. 
  • Tiada charge untuk kelewatan pembayaran selama kontrak.
  • Tiada fee/fine yang dikenakan sekiranya nak tamatkan kontrak awal.
  • Bayar principal amount sahaja kalau bayar lebih daripada jumlah bulanan sebenar. Contoh: Jumlah yang kita yang setiap bulan dibahagi kepada principal (jumlah sebenar hutang) dan profit for bank (keuntungan yang diambil oleh pihak bank untuk pinjaman) ialah RM1,000. Jadi kalau kita bayar RM4000 untuk sebulan (sekiranya ada rezeki lebih), pihak bank akan tolak amount tu terus dari principal. 
  • Friendly service.
Hand out all documents needed on 2 April 2012. Alhamdulillah, the officer yang my friend suggest tu is my junior masa diploma dulu. So, senang cerita. Boleh tanya macam-macam tanpa segan silu. Bank akan call HR untuk buat staff verification. Yes! Memang orang kata kalau buat home financing application dengan islamic banking ambil masa 2 minggu. Memang benar. Alhamdulillah pada 16 April 2012 application for home financing has been approved!  Loan disbursement hanya akan dibuat apabila pihak bank dapat advice daripada lawyer mengatakan semua dokumen lengkap and in order. Dan pada masa tu baru pihak bank akan beritahu bila first installment kita boleh bayar.


Legal & Stamping Fee

Ok. Untuk legal & stamping fee ni terbahagi kepada dua iaitu:
  • S&P Agreement. Charge yang dikenakan adalah standard. Ada jadual disediakan untuk rujukan. Kalau beli rumah baru, ada juga developer yang bayarkan.. Syoknya dengar.
  • Home Financing/Loan Agreement. Biasanya jumlah yang dikenakan lebih kurang dengan jumlah yang dikenakan untuk S&P. Tapi selalunya dibiayai oleh pihak bank. Untuk pengetahuan, Al-Rajhi Bank hanya akan biaya semuanya sekiranya pembiayaan/pinjaman berjumlah RM200,000.00 ke atas sahaja. Kalau kurang daripada RM200,000.00 all the fee will be borne by buyer. 
Untuk pembayaran legal & stamping fees ni boleh dirunding dengan lawyer sendiri. Kalau mampu, boleh bayar lump sum. Tapi kalau cash takda, nak kena buat pengeluaran EPF atau buat staged payment boleh bincang dulu. Kalau ada kenalan lawyer, lagi senang. Minta tolong uruskan semua legal & stamping fee dan harga pun boleh kautim. Tapi tak banyak mana lah kalau kurang pun sebab semuanya berjadual except "others" macam printing/stationery/photostat bla bla bla je yang boleh kurang pun. How to calculate?


Valuation Fee

Ada jadual untuk valuation fee. Minimum untuk valuation fee is RM400.00. Ada bank yang akan tanggung valuation fee. Konsep sama dengan home financing/loan punya legal fee.



Insurance

Perlindungan insurans dalam membeli rumah amatlah penting. Insuran pun terbahagi kepada 2.
  • Mortgage Life Assurance. Polisi insuran ni menyediakan perlindungan untuk baki pembayaran untuk pembiayaan/pinjaman rumah dengan pihak bank. Nauzubillah, kalau lah apa-apa terjadi pada peminjam, insuran ni yang akan cover baki hutang tu. As Muslim, kita tak tinggalkan hutang kita kat dunia ni macam tu aja. Kita bawa ke akhirat sama, jadi insuran ni yang akan langsaikan hutang tu semua. Premium bayar sekali je bergantung pada berapa tahun kita punya loan tu lah. Kalau tak jadi apa-apa setelah loan habis dibayar tak dapat balik premium. Jangan berangan!
  • House Owner/Fire Insurance Policy. Polisi insuran ni melindungi rumah yang diinsurankan tu daripada banjir, kebakaran, dan macam lagilah. 


Sale & Purchase Agreement (S&P Agreement)

Perjanjian Jual Beli (S&P) perlu difahami dengan jelas supaya takda masalah timbul dalam proses pembelian hartanah tu nanti. S& P ni sebenarnya dokumen perundangan yang dimeterai dan dipersetujui kedua-dua pihak. S&P ni seragam. Kalau ada yang tak faham dengan S&P ni boleh tanya terus lawyer. Masa sign S&P bayar 7% balance of deposit dekat lawyer dan lawyer akan uruskan untuk bagi pada owner rumah.

Owner rumah yang kami beli ni dah meninggal. Keluarganya menjual rumah ni untuk dibahagikan faraid kepada anak-anak dan juga suami owner. Jadi pihak makhamah dah bagi hak pentadbiran kat anak sulung dia. Untuk mendapatkan hak penjualan rumah, pengurusan S&P mesti selesaikan dulu. Beritahu makhamah dah ada buyer then only boleh dapat hak untuk menjual tu. Lawyer kata ambil masa dalam 3 bulan selepas tarikh S&P sign. Lepas dah dapat hak penjualan rumah tu kena minta kebenaran daripada kerajaan negeri untuk menjual rumah tu. Tu pun ambil masa 3 bulan lepas tarikh makhamah bagi hak penjualan.

Sekarang ni tengah tunggu lawyer je. May be paling cepat pun dapat duduk rumah tu hujung tahun ni. Moga Allah permudahkan segalanya. Amin.~







Monday, February 28, 2011

menabung amalan bijak!!


ye!!
kerana menabung adalah amalan bijak..
jadik aku berusaha untuk menabung kembali..
aku ni memang kategori suke menyimpan sebenarnya..
tapi simpanan tu mesti xkekal lama..
paling lama aku penah simpan pun..
adalah 5 bulan cmtu..

tapi kali ni..
aku bertekad untuk mengumpul semula..
menyimpan dan mengumpul.. sampai tinggi bukit..
ewah!!

ha..
nampak bersemangat sungguh ye aku nji..
memang aku tengah semangat sangat ni..
harap2 semangat ini kekal..

by the way..
as budak finance yang memang belajar pasal duit ni..
ade tips nak menyimpan yang selama ni duk dalam otak je..
tapi x apply..
mulai saat ini akan di apply..

weeehoooo...
30% daripada gaji aku akan disimpan.. akan diperam sehingga masak ranum..
hasil nye nanti tengoklah cmne..

berazam nak kumpul selama 3 tahun..
amacam?

owh rumah idaman~~
ok?

ok ke x..
just wait and see..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PASSION FIGHTING FOR THE BEST

Daisypath Anniversary tickers

Aanisah Faqihah's

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Azra Farzana's

lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/NV8x