Showing posts with label Advice. Show all posts
Showing posts with label Advice. Show all posts

Friday, August 2, 2013

Jatuh Katil

Kurang lagi 15 hari Azra Farzana menginjak 6 bulan. Memang padanlah dengan usia dan ketangkasan Azra sekarang ni. Dalam 2 minggu lepas, ibu ayah diselubungi kerisauan teruk. Kedua-dua anak kami demam silih berganti. Azra Farzana demam, selsema, batuk sampai hilang suara. Anis pula badan terlalu panas sampai muka dan bibir kemerahan tapi badan shaking asyik mengadu kesejukan. Bila anak-anak demam, ibu biarkan mereka tak berbaju. Selalulah ibu basahkan kain, sapu dan letakkan kain basah ke badan anak bila demam panas.


Budak demam

Ada satu malam tu, ayah ke kelas. Tinggallah ibu, Anis dan Azra di rumah. Selesai tidurkan Azra di bilik atas, ibu bagi Anis makan ubat. Baru sesuap ibu Anis makan, ibu dengar bunyi berdentum diikuti tangisan Azra. Berlari ibu dapatkan Azra. "Allahuakbar! Anak aku.." Azra terjatuh dari katil walau ibu dah halang dengan pillow & bolster keliling. Rasanya tak sampai lima minit pun ibu tinggalkan Azra. Kesian
sangat anak ibu sorang ni, dah la demam, selsema dan batuk ditambah pula dengan sakit badan pula jatuh katil.

Mula-mula memang panik sebab bunyi tu agak kuat dan Azra menangis kuat. Tapi bila ibu dakap Azra dalam pelukan, Azra terus berhenti menangis. MasyaAllah, Allah ciptakan anak dengan penuh sempurna. Seolah tahu hati ibu gundah resah, Azra hentikan tangisan dan begitu sebaliknya, Azra selesa dalam dakapan orang yang melahirkannya. Ibu terus jadi doktor tak bertauliah check keseluruhan badan Azra dimulakan dengan bahagian kepala. Ibu tekankan sikit tangan ibu untuk mencari sekiranya ada benjolan di kepala. Check belakang telinga sekiranya ada lebam. Masih dalam keadaan berdukung, ibu pastikan tangan dan kaki Azra bergerak sempurna dulu. Alhamdulillah, rasa Azra tak teruk barulah ibu call ayah sebab masih rasa gusar. Ibu kena kawal Azra dalam masa 24 jam untuk pastikan dia elok takda masalah. Memang macam tu lah kalau anak jatuh katil. 

Selepas habiskan ubat Anis, Azra masih mengantuk maka jadilah seperti video ni. 


Kesian anak ibu. Sorry sayang. Alhamdulillah, sekarang dua-dua dah sembuh. Jadi bolehlah ibu blogging seperti biasa. Hehe. ;)

Thursday, March 7, 2013

Pillow Talk

Hubby ada dua orang adik beradik aja. Sebelum ni hubby pernah cakap yang dia tak pernah sekali pun bergaduh dengan abangnya. Macam pelik pula dengar kan sebab kita ni ada doblas adik beradik dan selalu barcakaran. Memang perkara tu diakui ibu mertuaku sendiri. Even masa kecik-kecik yang tak boleh berfikir secara dewasa pun memang diorang tak pernah saling gigit menggigit or ketuk mengetuk antara satu sama lain walau beza umur setahun je. Wah! Bagus kan? 

So, perkara baik perlu dijadikan tauladan. Kita risik risik la mak tanya apa yang buat sampai depa takda rasa nak bergaduh langsung. Mak pun dengan senang hati memberi tips kepada bakal ibu time tu. Antaranya ialah; apa yang abang ada, adik mesti ada. Emak akan beli benda yang sama untuk abang dan adik so dorang memang takkan gaduh sebab masing masing ada benda yang sama. 

Sebagai ibu yang beranak dua ini, tips itu adalah baik untuk kita ikuti tapi perlu improvise sikit. As for me, yes, apa yang kakak ada, adik perlu ada tapi ada masa apa yang perlu dikongsi, kakak dan adik perlu berkongsi. So langkah emak kita ikut bila kakak ada pillow adik pun perlu ada pillow. Dalam kereta ada satu L-shape pillow Aanisah Faqihah (Anis) guna untuk tidur or lay down sambil minum susu. Tapi bila Azra Farzana (Azra) dah lahir ibu guna pillow tu untuk Azra. Tapi kesian pula kat Anis bila nak tidur dia cakap "Anis want to sleep but no pillow". Kesian. 

Sebenarnya ibu dah siap tempah pillow untuk Azra tapi belum dapat lagi time tu. Tapi sekarang Alhamdulillah dah ambil pun pillow tu. Maka penuhlah kereta pillow sahaja. Sekian.

Aanisah Faqihah's pillow

Azra Farzana's pillow


p/s: Harap dari kecik sampai beranak pinak pun depa boleh pillow talk together.





Thursday, December 20, 2012

Peringatan dan Maaf

Hujung bulan plus hujung tahun.
Agak busy.
Kalau tengah buat kerja tu memang concentrate.
Kalau tengah merempit tu otak menerawang pasal kerja.
Otak sentiasa berjalan.

Sedar tak sedar balik dari kerja tadi.
Hubby fetched me up dalam pukul 6.45 petang.
Aksi merempit bermula.
Otak masih menerawang pasal kerja.
Tiba-tiba siren kereta polis betul-betul belakang motor.
Tanya dekat hubby " Siren tu untuk kita ke?"
Tak sempat mendengar jawapan hubby, hubby dah pun ke tepi dan berhenti.
Dengan muka memang tak tahu yang diri ni bersalah.
Kami pun turun dari motor.

Bila turun je dari motor polis tu terus terpandang perut yang mengembang dengan jayanya ni.
"Nak ke mana ni kak? Nak balik rumah ke?"
Dengan confident nya jawapan "Ha'ah. Balik rumah la."
Bila selesai disoal siasat.
Rupanya polis tu dah ikut kitorang since hubby langgar lampu merah yang entah ke berapa tadi.
Ya ampun...
Alhamdulillah, polis tu tak saman cuma bagi peringatan dan suruh minta maaf je.

Serius tak perasan pun hubby langgar lampu merah.
Katanya nak kejar Maghrib.
Walau pun alasan boleh diterima tapi tetap kena bebel..
Next time, jangan buat lagi.

Sunday, November 25, 2012

Rumput vs Padi

Dunia dan akhirat ibarat rumput dan padi.

Jika seseorang menanam padi, pasti rumput akan tumbuh. Tetapi sekiranya orang itu menanam rumput, pasti dan pasti padi takkan tertumbuh.

Samalah seperti akhirat dan dunia,

Jika seseorang itu mengejar akhirat, pasti dunia juga bersamanya. Tetapi dengan mengejar dunia dan mengabaikan akhirat, tiada apa yang dibawanya untuk akhirat dan dunia yang dikejarnya akan menjadi sia-sia.


Monday, November 19, 2012

Ilmu Amal Dakwah Sabar

Allah telah mewajibkan bagi kita untuk mengetahui empat perkara seperti dalil melalui firmanNya dalam Surah  Al-Ashr: Ayat 1-3
"Demi Masa!" (103:1)
"Sesungguhnya (semua) manusia itu dalam kerugian." (103:2)
"Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." (103:3)
Imam As-Syafi'i Rahimahullah Ta'ala mengatakan "Sekamuinya Allah hanya menurunkan surah ini sahaja sebagai hujah buat makhlukNya, pastilah ia sudah mencukupi bagi mereka.
Empat perkara itu ialah:

ILMU
  • Mengenal Allah. 
  • Mengenal NabiNya. 
  • Mengenal agama Islam bedasarkan dalil. Dalil yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.
  • Imam Al-Bukhari Rahimahullah Ta'ala mengatakan "Bab ilmu sebelum ucapan dan perbuatan". Dalilnya firman Allah Ta'ala dalam Surah Muhammad: Ayat 19
"Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan,.." (47:19) 
Dalam ayat ini, Allah memerintahkan terlebih dahulu untuk berilmu (dalam beragama) sebelum ucapan dan perbuatan. 

AMAL
  • Ilmu perlu diamalkan. Ilmu tanpa amal samalah seperti pokok tanpa buah. 

DAKWAH
  • Mengajak orang lain kepada ilmu. 

SABAR
  • Tabah menghadapi segala rintangan dalam menuntut ilmu, mengamalkannya dan berdakwah mengenainya. 
  • Surah Al-Baqarah: Ayat 155-157
"Dan sungguh! Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakukan (terhadap musuh), (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta dan jiwa (dengan pembunuhan, kematian dan penyakit) dan buah-buahan (hasil tanaman/punca rezeki). Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." (2:155)
 "(Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata 'Inna lillahi wa inna ilahi rajiun' (Sesungguhnya kami milik Allah, dan kepadaNya lah kami kembali)." (2:156)
 "Mereka itulah memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan merekalah orang yang mendapat petunjuk;" (2:157)
Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat yang lagi diamalkan dan berdakwah ke arahNya dengan sabar.

SUMBER: KITAB USUL THALATHAH.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PASSION FIGHTING FOR THE BEST

Daisypath Anniversary tickers

Aanisah Faqihah's

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Azra Farzana's

lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/NV8x