![]() |
| Love u both Aanisah Faqihah & Azra Farzana |
Showing posts with label Test. Show all posts
Showing posts with label Test. Show all posts
Tuesday, August 27, 2013
Got Sick
Miss my princesses. Semalam Anis diarrhoea sampai tengah tidur pun boleh terlepas sisa-sisa toksidnya. Azra pula batuk-batuk sampai muntah. Anis terpaksa pakai diaper Azra ke sekolah hari ni. Kesian anak-anak ibu. Balik nanti ibu pamper you both.
Friday, December 28, 2012
Pemberian Indah
Alhamdulillah, hari ini kandungan dalam perut pun dah menginjak 8 bulan. Sedar tak sedar, hari melahirkan baby semakin dekat. Bersyukur juga kerana seorang sahabat baik telah melahirkan anak lelaki pada tarikh ini seberat 3.2kg setelah 3 hari menanggung kontraksi.
Bila dengar perkhabaran gembira mengenai sahabat, barulah kami tersedar bahawa kami tak pernah memikirkan nama untuk si kecil yang berada dalam kandungan dan bakal menyinari hari-hari kami nanti. Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja, kami berbual di bawah flyover sementara menanti hujan berhenti. Kami bertanya apakah nama si kecil untuk kali ini. Kami takkan memilih nama yang khusus tetapi hanya mengumpul nama-nama dirasakan patut. Even masa Aanisah Faqihah dulu kami namakannya selepas 7 hari dia dilahirkan. Selepas hujan sedikit reda, kami kembali merempit menuju ke rumah. Namun, isu nama untuk si kecil belum juga berhenti. Pelbagai nama yang keluar dengan maksudnya tetapi banyak juga karutnya. Kerana kami meletakkan A dan F adalah huruf pangkal untuk setiap nama anak, maka jadilah.. "Alalalatok Fuuuuyoh!!!"Sungguh tak boleh diterima pakai.
Kami senyum dan tertawa di atas motor kecil sambil dibasahi titik hujan yang belum berhenti. Hanya lagi lebih kurang 5 kilometer destinasi. Sebuah motor memintas kami dan akhirnya jatuh bersama scrambler bike yang dinaikinya selepas kereta di depan berhenti secara mengejut. Hubby mula ketepi apabila scrambler bike itu laju menuju ke arah kami. Keadaan menjadi semakin mendebarkan apabila kereta di depan bergerak perlahan dan di kiri kami adalah pembahagi jalan dan sekiranya kawalan tidak betul pasti dan pasti kami terjatuh. Dalam hati, hanya minta Allah selamatkan bayi yang dikandung.
Alhamdulillah, hubby berjaya mengawal motor dengan baik. Kami tak jatuh namun sakitnya kaki tak tahu kena apa. Hubby berhenti di tepi tengok-tengok kalau ada kecederaan lain dan mengambil menyarung semula selipar yang dah terjatuh jauh di belakang. Alhamdulillah, kami bertiga hanya luka-luka kecil termasuk lah budak yang dah jatuh tadi tu.
Bersyukur sangat pemberian indah yang Allah kurniakan tiada apa-apa.
Bersyukur sangat pemberian indah yang Allah kurniakan tiada apa-apa.
Thursday, December 20, 2012
Peringatan dan Maaf
Hujung bulan plus hujung tahun.
Agak busy.
Kalau tengah buat kerja tu memang concentrate.
Kalau tengah merempit tu otak menerawang pasal kerja.
Otak sentiasa berjalan.
Sedar tak sedar balik dari kerja tadi.
Hubby fetched me up dalam pukul 6.45 petang.
Aksi merempit bermula.
Otak masih menerawang pasal kerja.
Tiba-tiba siren kereta polis betul-betul belakang motor.
Tanya dekat hubby " Siren tu untuk kita ke?"
Tak sempat mendengar jawapan hubby, hubby dah pun ke tepi dan berhenti.
Dengan muka memang tak tahu yang diri ni bersalah.
Kami pun turun dari motor.
Bila turun je dari motor polis tu terus terpandang perut yang mengembang dengan jayanya ni.
"Nak ke mana ni kak? Nak balik rumah ke?"
Dengan confident nya jawapan "Ha'ah. Balik rumah la."
Bila selesai disoal siasat.
Rupanya polis tu dah ikut kitorang since hubby langgar lampu merah yang entah ke berapa tadi.
Ya ampun...
Alhamdulillah, polis tu tak saman cuma bagi peringatan dan suruh minta maaf je.
Serius tak perasan pun hubby langgar lampu merah.
Katanya nak kejar Maghrib.
Walau pun alasan boleh diterima tapi tetap kena bebel..
Next time, jangan buat lagi.
Agak busy.
Kalau tengah buat kerja tu memang concentrate.
Kalau tengah merempit tu otak menerawang pasal kerja.
Otak sentiasa berjalan.
Sedar tak sedar balik dari kerja tadi.
Hubby fetched me up dalam pukul 6.45 petang.
Aksi merempit bermula.
Otak masih menerawang pasal kerja.
Tiba-tiba siren kereta polis betul-betul belakang motor.
Tanya dekat hubby " Siren tu untuk kita ke?"
Tak sempat mendengar jawapan hubby, hubby dah pun ke tepi dan berhenti.
Dengan muka memang tak tahu yang diri ni bersalah.
Kami pun turun dari motor.
Bila turun je dari motor polis tu terus terpandang perut yang mengembang dengan jayanya ni.
"Nak ke mana ni kak? Nak balik rumah ke?"
Dengan confident nya jawapan "Ha'ah. Balik rumah la."
Bila selesai disoal siasat.
Rupanya polis tu dah ikut kitorang since hubby langgar lampu merah yang entah ke berapa tadi.
Ya ampun...
Alhamdulillah, polis tu tak saman cuma bagi peringatan dan suruh minta maaf je.
Serius tak perasan pun hubby langgar lampu merah.
Katanya nak kejar Maghrib.
Walau pun alasan boleh diterima tapi tetap kena bebel..
Next time, jangan buat lagi.
Monday, November 19, 2012
Ilmu Amal Dakwah Sabar
Allah telah mewajibkan bagi kita untuk mengetahui empat perkara seperti dalil melalui firmanNya dalam Surah Al-Ashr: Ayat 1-3
"Demi Masa!" (103:1)
"Sesungguhnya (semua) manusia itu dalam kerugian." (103:2)
"Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." (103:3)
Imam As-Syafi'i Rahimahullah Ta'ala mengatakan "Sekamuinya Allah hanya menurunkan surah ini sahaja sebagai hujah buat makhlukNya, pastilah ia sudah mencukupi bagi mereka.Empat perkara itu ialah:
ILMU
- Mengenal Allah.
- Mengenal NabiNya.
- Mengenal agama Islam bedasarkan dalil. Dalil yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.
- Imam Al-Bukhari Rahimahullah Ta'ala mengatakan "Bab ilmu sebelum ucapan dan perbuatan". Dalilnya firman Allah Ta'ala dalam Surah Muhammad: Ayat 19
"Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan,.." (47:19)
Dalam ayat ini, Allah memerintahkan terlebih dahulu untuk berilmu (dalam beragama) sebelum ucapan dan perbuatan.
AMAL
- Ilmu perlu diamalkan. Ilmu tanpa amal samalah seperti pokok tanpa buah.
DAKWAH
- Mengajak orang lain kepada ilmu.
SABAR
- Tabah menghadapi segala rintangan dalam menuntut ilmu, mengamalkannya dan berdakwah mengenainya.
- Surah Al-Baqarah: Ayat 155-157
"Dan sungguh! Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakukan (terhadap musuh), (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta dan jiwa (dengan pembunuhan, kematian dan penyakit) dan buah-buahan (hasil tanaman/punca rezeki). Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." (2:155)
"(Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata 'Inna lillahi wa inna ilahi rajiun' (Sesungguhnya kami milik Allah, dan kepadaNya lah kami kembali)." (2:156)
"Mereka itulah memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan merekalah orang yang mendapat petunjuk;" (2:157)Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat yang lagi diamalkan dan berdakwah ke arahNya dengan sabar.
SUMBER: KITAB USUL THALATHAH.
Sunday, November 11, 2012
Ujian Trimester 2
Memang pernah dengar orang yang cakap. Sakit paling sakit di dalam dunia ialah:
- Sakit tatkala menghembuskan nafas terakhir. Yang ni memang tak siapa yang tahu, sebab namanya pun nafas terakhir. Tiada siapa yang boleh cerita pengalaman ni.
- Sakit ketika hendak melahirkan. Ini memang dah pernah rasa dan akan merasa lagi (insyaAllah) tapi sakit hilang sejurus lepas tengok wajah yang selama 9 bulan 10 hari berada dalam perut sendiri.
- Sakit gigi. Pergh! Ni bukan biasa. Sebenarnya bukanlah sakit gigi yang sakit sangat tu tapi sakit gusi apabila gigi bongsu nak keluar. Ada 4 gigi bongsu (atas dan bawah, kanan dan kiri) biasanya yang akan keluar tatkala tak tahu bila waktu sebenar sebab semua orang berbeza-beza.
Sakit gigi ni bukan sekali untuk satu-satu gigi bongsu tu tumbuh. Kadang-kadang, makan tahun. Sebab dia bukan tumbuh secara terus tapi berperingkat-peringkat. Tak tahu lah camne nak cerita, tapi yang pernah alaminya tahu lah situasinya.
Allah beri dugaan sakit gigi kali dikala mengandung pada trimester kedua. Wuargh! Ujian sungguh. Selalunya bila sakit, boleh gak tahan-tahan. Tapi kali ni memang dah tak tertahan-tahan lagi. Mana tidaknya, pipi dah tembam sebelah hasil bengkak gusi tu. Effect dia sampai telinga terasa sangat panas sampai berdesing. Mata pun asyik berair je. Kepala dah asyik berdenyut. Pergh! Memang patutlah orang kata, kalau gigi bongsu nak tumbuh rasa cam nak pelempang orang. Hahaha.
Dek kerana tak tahan sangat, sakit kali ni terpaksa ke dentist. Dentist cakap gigi bongsu bawah dah tumbuh sepenuhnya. Gigi bongsu atas yang sedang menumbuh lah kiranya sekarang ni. Tapi masalahnya, pertumbuhan gigi bongsu atas adalah tidak normal kerana tumbuh menghala ke pipi sebab dah tak cukup space. Wah kemain lagi gigi ni, dah tak cukup space tu takyah la tumbuh. Ini tidak. Terpaksalah mak menanggung semua ini. Akibat dari itu, gigi bongsu bawah akan melanggar gigi bongsu atas yang sedang tumbuh pelik dan mengakibatkan tekanan terhadap gusi atas especially apabila mulut tertutup. Bila gusi terkena tekanan tu buat gusi membengkak dan bernanah. Woah! Memang syoknya dengar. Dentist tak boleh nak x-ray sebab pregnancy. Dentist just cuci nanah dan kemudian memotong gigi bongsu bawah supaya bila mulut tertutup kurang pelanggaran antara gigi berlaku yang menyebabkan bengkak. But, the dentist doesn't help much. Sakitnya sampai hari ni masih terasa lagi. Dentist tak beri sebarang antibody sebab pregnancy jugak. T__T
Tapi dentist ada beri ubat gigi untuk maternity n Oradex untuk cuci-cuci mulut. Itupun boleh guna 10 hari sahaja. Jangan lebih.
Tapi nampak gaya, hari ni kena jumpa dentist lagi kerana sakitnya tak berkurang. Malah badan terasa lemah dan lenguh-lenguh. Sampai begitu kah effectnya? I didn't get to attend my first niece engagement because of this. Takpelah, Allah pasti tahu sebabnya.
Semoga sakit ini menjadi penghapus dosa. Amin.
Wednesday, September 5, 2012
Ujian Trimester 1
Alhamdulillah.
Baby dah berusia 15 minggu..
Nak cerita pengalaman dari minggu ke-10 hingga minggu ke-15 kandungan..
Tiada perubahan berlaku selepas dikeluarkan dari hospital pada minggu ke-9.
Ibu semakin teruk malah tidak mampu berjalan lagi pada minggu ke-10..
Ibu dah tak mampu jaga diri lagi..
Ayah yang melihat keadaan ibu hantar ibu ke rumah aunty (kakak ibu)..
Aunty tak sempat jaga ibu lama.
Satu malam je.
Tapi banyak yang aunty tengok dalam masa singkat itu..
Ibu terlalu lemah,
Ibu kerap muntah,
Ibu mengadu jantung berdegup terlalu kencang,
Ibu sangat tak bermaya..
Epilepsy trigger balik setelah hampir 3 tahun tidak menyerang..
5 minit sebelum azan Maghrib ibu diserang,
Tak sempat ayah menjamu hidangan berbuka..
Alhamdulillah, ayah disisi semasa kejadian berlaku..
Ayah sedar keadaan ibu yang semakin teruk..
Ibu dikejarkan ke hospital sekali lagi minggu ke-11..
Semasa di bilik kecemasan, sekali lagi epilepsy menyerang..
Arahan doktor keluarkan untuk sambung semula ubat epilim.
Stress kejap.
Tapi kemudian redha..
Terlalu banyak implikasi ubat epilim terhadap baby.
Nanti-nanti je lah ibu nyatakan.
Hampir seminggu tinggal di hospital..
Selama di hospital bertambah-tambah penyakit yang doktor beritahu..
- Akibat extreme and persistent nausea and vomitting menyebabkan dehydration. This is called Hyperemesis Gravidarum which was led to weight lost from 49kg to 46kg.
- Bila muntah kerap and tiada makanan pun yang masuk menyebabkan Epilepsy trigger balik..
- Rupanya jantungnya berdegup terlalu kencang, intolerance heat, shaking adalah berpunca daripada Hyperthyroidism.
- Skin problem pulak sebab pregnancy hormone.
- Bleeding tapi tak pasti sebab apa. Alhamdulillah bleeding semasa masih di hospital. Jadi boleh terus scan and tengok keadaan baby. Syukur baby masih dalam keadaan normal.
Apa-apa pun ibu masih bersyukur discharged beberapa hari sebelum menyambut Syawal. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dapat beraya bersama keluarga. Keadaan pening dan muntah tetap ada tapi makin berkurangan. Raya tahun ni tak seperti tahun yang lepas-lepas sebab terpaksa kurangkan aktiviti bagi mengelakkan sakit kemudian hari. Lagi pun ibu tengah kumpul semangat untuk masuk kerja balik setelah hampir 2 bulan cuti. Dah macam ambil maternity leave pulak rasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Azra Farzana's
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/NV8x


