Assalamualaikum.
Taqaballahu Minna Wa Minkum!
Alhamdulillah, selesai Syawal pertama 1434 Hijrah! Semoga kita bertemu lagi Ramadhan tahun depan 1435 Hijrah pula. Amin.
Semalam seronok beraya sakan. Seperti tahun-tahun sebelumnya, pagi raya kami beraya di Kampung Nakhoda bersama parent hubby & family dan sebelah tengahari beraya di Pantai Dalam bersama my family. Hari terakhir Ramadhan kami sekeluarga berkumpul dan menyediakan lemang, rendang dan nasi impit untuk juadah Aidilfitri. Tahun-tahun sebelum ni membakar lemang di rumah parent hubby tapi kali ni bersama adik-beradik sendiri. Memang happening sebab daripada 12 orang anak emak hanya 2 orang tak balik raya bersama.
|
Aktiviti penyediaan membakar lemang : Menyalur daun |
|
Aktiviti penyediaan membakar lemang : Memasukkan pulut & santan |
|
Aktiviti penyediaan membakar lemang : Membakar kayu api menjadi bara |
|
Aktiviti penyediaan membakar lemang : Membakar lemang & menjaga api |
|
Menggulai rendang |
|
Aktiviti bermain bunga api |
Semoga segala amalan sepanjang Ramadhan diterima Allah. Amin. Selamat Hari Raya!
No comments:
Post a Comment