Bila dengar perkhabaran gembira mengenai sahabat, barulah kami tersedar bahawa kami tak pernah memikirkan nama untuk si kecil yang berada dalam kandungan dan bakal menyinari hari-hari kami nanti. Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja, kami berbual di bawah flyover sementara menanti hujan berhenti. Kami bertanya apakah nama si kecil untuk kali ini. Kami takkan memilih nama yang khusus tetapi hanya mengumpul nama-nama dirasakan patut. Even masa Aanisah Faqihah dulu kami namakannya selepas 7 hari dia dilahirkan. Selepas hujan sedikit reda, kami kembali merempit menuju ke rumah. Namun, isu nama untuk si kecil belum juga berhenti. Pelbagai nama yang keluar dengan maksudnya tetapi banyak juga karutnya. Kerana kami meletakkan A dan F adalah huruf pangkal untuk setiap nama anak, maka jadilah.. "Alalalatok Fuuuuyoh!!!"Sungguh tak boleh diterima pakai.
Kami senyum dan tertawa di atas motor kecil sambil dibasahi titik hujan yang belum berhenti. Hanya lagi lebih kurang 5 kilometer destinasi. Sebuah motor memintas kami dan akhirnya jatuh bersama scrambler bike yang dinaikinya selepas kereta di depan berhenti secara mengejut. Hubby mula ketepi apabila scrambler bike itu laju menuju ke arah kami. Keadaan menjadi semakin mendebarkan apabila kereta di depan bergerak perlahan dan di kiri kami adalah pembahagi jalan dan sekiranya kawalan tidak betul pasti dan pasti kami terjatuh. Dalam hati, hanya minta Allah selamatkan bayi yang dikandung.
Alhamdulillah, hubby berjaya mengawal motor dengan baik. Kami tak jatuh namun sakitnya kaki tak tahu kena apa. Hubby berhenti di tepi tengok-tengok kalau ada kecederaan lain dan mengambil menyarung semula selipar yang dah terjatuh jauh di belakang. Alhamdulillah, kami bertiga hanya luka-luka kecil termasuk lah budak yang dah jatuh tadi tu.
Bersyukur sangat pemberian indah yang Allah kurniakan tiada apa-apa.
Bersyukur sangat pemberian indah yang Allah kurniakan tiada apa-apa.
1 comment:
There are exercises for pregnancy that will help to keep you in shape as you get ready for the arrival of your new baby. Exercises that limit impact to your joints and ligaments are best to minimize your discomfort and to limit the danger to your unborn child.
Post a Comment