Tahun ni banyak benar dapat wall calendar, table calendar and organizer. Memang meriah betul! Lets check it out!
Mamy Poko Table Calendar
Ni dapat masa beli newborn diaper untuk baby dekat Mom & Baby Expo di Mid Valley Megamall last year.
Great Eastern Life Assurance Table Calendar & Organizer/ Diary
Ni pun dapat last year. Masa dapat tu happy sangat sebab warna merah. Yes! Red is my favourite colour since I was born. Muahahahaa.. Now, this organizer dah jadi my official organizer for office use.
Quality Deep Water Wall Calendar
Ni biasanya orang panggil kalendar kuda sebab ada gambar kuda every weekend kan. Motif kuda diletakkan masih tidak difahami. Actually, ni calendar from my own brother punya company yang berniaga berasaskan mesin air yang fofular sekarang ni. Ni kira promote sekali la untuk dia. Kalau ada yang berkenan tu boleh contact terus nombor dia dekat situ.
PNB & ASNB Organizer/ Diary
Ni special sikit sebab dapat sebagai hadiah sempena kemenangan untuk contest pengalaman praktikal di PNB 1.0. Now, PNB organizer (purple) tu jadi my personal organizer and ASNB organizer (turquoise) tu beri pada hubby.
 |
| Organizer siap ada cover lagi. Its so nice! |
 |
| Organizer PNB yang tak pernah mengecewakan. |
Hebat
admin group "The Proc Club" di FB kita ni, sebab adakan contest 1.0 maksudnya akan ada aktiviti lain lagi 2.0, 3.0 dan seterusnya. Good luck! We are waiting for it! Mari kita share sikit apa yang berkaitan. Sebab itu private group so kena tapis-tapis la sikit ye. Kat bawah ni status admin khabarkan berita gembira tu and status lagi satu kat bawah tu was my status yang buat boleh menang 2 organizer ni.
Keputusan contest pengalaman praktikal di PNB 1.0
__________________________________________
Pemenang post dengan jumlah like terbanyak : Azlan & Mira (dua memenang sebab seri)
...See More
-
Inilah gambaran kali pertama menjejakkan kaki di Procurement PNB. Kabur. Dari saat En Latiff interview tanya pasal Operation Management: ROP, ROA etc hinggalah hari terakhir di PNB menerangkan yang kabur di alam pekerjaan.
Hari ini bila ada yang bertanya tentang kerjaya, "PNB banyak mengajar saya untuk menjadi seperti saya hari ini" itulah jawapan yang sering keluar dari mulut. Ada antara skill berkerja di PNB yang masih saya kekalkan. Sungguh tak tipu.
Kematangan dalam kerjaya yang dimaksudkan oleh staff Proc memang jelas bila melalui sendiri di alam pekerjaan. Setiap insan dalam Proc Dept dari En Latiff, En Saiful, Kak Nani, En Zai, Ayu, Kak Zula, En Hasuwat, Kak Lela, Kak Zaba, Kak Ita, En Najib, Abang Mi hinggalah tea lady, tak lupa teman sepraktikal Rohana, Yani, Husni, Zetty, Nubli dan Fetty telah banyak menyumbang hari-hari saya bekerja. Terima kasih semua atas jasa kalian.
p/s: En Zai, saya buktikan bahawa saya bukanlah seperti yang En Zai kenal dulu yang kerap datang lewat dan ponteng malah sayalah selalunya orang pertama sampai ke office hari ini..
-
Lembaga Zakat Selangor Wall & Table Calendar
Ni memang paling dinantikan saban tahun. Senang nak tengok waktu solat dan tentu senang nak refer cuti sebab Selangor kan, mesti sama! Ehehe..
P/S: Bukan main banyak sangat calendar and organizer. Ni belum campur yang dah agih-agih kat orang. Entah terorganize ke tak life tu.. Ahaha