Wednesday, May 6, 2015

Sebelum Menjadi Stay At Home Mom (SAHM)

Assalamualaikum wbt,


Kembali bersiaran setelah sekian lama menyepi. Ingatkan jadi suri rumah tu duduk lipat baju sambil tengok tv je. Rupanya melecet, lebih teruk dari meleset sangkaannya tu *padankan muka sendiri*. Tapi memang tak dapat disangkal betapa enjoice nya duduk di rumah berbanding kerja di luar. 


Hari ni saja nak berkongsi cerita sebelum jadi stay at home mom a.k.a SAHM. 



Macam mana nak jadi Stay at Home Mom? Macam mana boleh duduk rumah sambil buat kerja? Pada awalnya, rasa nak duduk rumah sambil goyang kaki tengok runningman *konon*.  Tapi sudah tentulah perancangan Allah lebih baik kan. Hadap sangatlah dengan runningman saja *lagha tu*..



Ini kisahnya. Sebelum berhenti kerja sebelum ni, I was interested dengan status dari seorang kawan masa sama-sama belajar dulu. Dia perlukan part timer marketing untuk perniagaan di jalankan. Lepas chit chat dan berjumpa, maka bermula lah sebagai part time admin. Niat hati memang nak berhenti kerja dalam masa terdekat sebab tak tahan dengan Azra Farzana asyik ke hospital. Sebulan sekali mesti warded. Kesian, sedih batuk selsema tak pernah baik. ENT specialist pun selalu dijenguk sebab air hidung keluar ke telinga pula. Tapi, tak dapat berhenti kerja serta merta jadi berterusan jadi part timer marketing tu hampir setahun.


Alhamdulillah, cerita ni lebih setahun berlalu. Selepas berhenti kerja, full commitment pada keluarga dan kerja yang satu ni *konon lagi*. Tapi bos office lama called and asked me buat freelance audit untuk company. Orang berbudi kita kita berbahasa, bos lama banyak jasa jadi kita tolong mana mampu.



Mungkin antara sebab blog ni bersawang adalah berpunca dari kekangan masa senggang untuk berblog. Masa lebih nak layan anak tidur supaya ibu boleh join sekaki, belajar dan bermain untuk motor development, EQ dan IQ. Tak ketinggalan dengan kerja sebagai admin dari rumah dengan melayan customer, buat invoice, arrange schedule rawatan and bla bla bla. Sekali sekala datang oofice lama buat kerja audit pula. Kerja patut boleh siap cepat jadi lambat sebab kalau dah bawa anak ke office kerja memang tak berapa menjadi. Ahai!


Antara pertimbangan yang perlu dibuat sebelum memilih untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuhnya;


1. Niat
Niatkan kerana Allah. Tetapkan niat kenapa nak berhenti kerja. Betulkan niat kalau niat sedikit menyimpang contohnya nak berhenti sebab tak nak hadap si polan sebab nafas berbau *ada ke orang nak berhenti sebab ni?*. Niat nak harmonikan keluarga lillahi Taala, nak anak-anak membesar depan mata lillahi Taala dan apa saja niatnya as long as lillahi Taala. InsyaAllah, segalanya dipermudahkan.


2. Kewangan dan Simpanan
Antara masalah utama hari ini, kesempitan hidup mendesak untuk setiap pasangan bekerja. Pastikan sekurang-kurangnya 3-6 bulan perbelanjaan sudah ada sebagai simpanan. Kalau ada apa-apa berlaku, at least ada back up. Jadi, janganlah gamble hidup sebab nafsu berhenti kerja tinggi. Berbincang dengan pasangan masalah kewangan dan cari solusi. Sekiranya perlu, minta nasihat dari yang lebih arif seperti ibu ayah kita sendiri contohnya. Rezeki Allah beri dalam bentuk pelbagai, yakin dengan Allah.


3. Kesihatan
Ini sebab yang sangat tinggi kenapa I quit from being an account from my previous company. Kesihatan yang utama, harap anak sihat selalu tapi bila orang jaga kita tak boleh expect what we want she live with especially when you send her to nursery. Asthma attack every week and warded every month seriously not my choice. Alhamdulillah, Allah has best plan after all, lepas berhenti not even once we go to hospital semata-mata nak neb.


4. Perasaan
Part ni tak perlu dilayan sangat. Perasaan untuk tinggalkan kerja setelah belajar bertahun-tahun demi segulung ijazah, memang la sedikit rasa terkilan tapi anak dan keluarga lebih perlu perhatian buat masa ni. Kena yakin dan redha. Semua yang ada ni pinjaman dan sementara. Kejar yang kekal, insyaAllah. Memang masih ada yang menganggap menjadi suri rumah hanya untuk orang berpendidikan rendah atau kolot dan kuno. Look at the bright side instead, jaga anak sendiri is much cooler than u think. Bila dah duduk rumah ni memang susah la nak ke sana ke mari dengan anak-anak. Jadi kehidupan terperap di rumah tu kadang-kadang memang boleh buat rasa rimas. Sekali sekala, keluarlah ke taman bunga atau pasar malam (destinasi bajet namanya tu).


These lists are based from my experience. Might be you have benda lain that u think need to be consider before u make the decision. Apa pun keputusannya, buatlah kerana Allah. 

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PASSION FIGHTING FOR THE BEST

Daisypath Anniversary tickers

Aanisah Faqihah's

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Azra Farzana's

lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/NV8x